Kursus Urus Berita Palsu dengan AI (AI for Strategic Communications – Combating Fake News) memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam mengenal pasti, mengesahkan dan menangani penyebaran berita palsu serta kandungan manipulatif seperti deepfake. Peserta akan mempelajari teknik pengesahan fakta (fact-checking), penggunaan alat AI terkini, analisis kajian kes, serta strategi komunikasi yang berkesan bagi menangani krisis maklumat. Melalui gabungan sesi teori, demonstrasi dan latihan amali, kursus ini bertujuan meningkatkan keupayaan wartawan, editor dan pegawai komunikasi strategik dalam menghasilkan penyampaian maklumat yang tepat, beretika dan berintegriti selaras dengan keperluan era digital.
TERMA & SYARAT
Kursus ini terbuka kepada pegawai media, wartawan, editor berita dan pegawai komunikasi strategik.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Status Permohonan
Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.
2. Etika Berpakaian
i. Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang menghadiri kursus.
ii. Semua peserta juga perlu memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi, atau Institusi masing-masing.
3. Permohonan Kursus
i. Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia ke dashboard akaun pengguna peserta di laman DTIMS sebelum hadir berkursus.
ii. Nama peserta akan digugurkan sekiranya gagal membuat bayaran dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
4. Pembayaran Yuran Kursus
i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun iPayment di pautan https://ipayment.anm.gov.my/
ii. Kaedah pembayaran yuran pendaftaran kursus secara dalam talian sahaja.
iii. Peserta wajib membuat pembayaran sebelum kursus dijalankan dan bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.
5. Kewajipan Kehadiran
i. Semua peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus.
ii. Peserta dikehendaki bebas daripada sebarang aktiviti lain semasa mengikuti kursus.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Modul 1: Era Disinformasi Berasaskan AI | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Modul 2: Anatomi Berita Palsu | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Modul 3: Mengesan Tanda-Tanda | |
| : | Modul 4: Bengkel — Analisis Sampel Sebenar |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Modul 5: Alat AI untuk Pengesahan Fakta | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Modul 6: Membina SOP Pengesahan Newsroom | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Modul 7: Komunikasi Strategik Semasa Krisis | |
| : | Modul 8: Simulasi — Krisis Berita Palsu Langsung | |
| : | Modul 9: Etika, Tadbir Urus & Penggunaan AI Bertanggungjawab |