Carian Kursus

[ JDNDC1004 ] CERTIFIED DATA RECOVERY PROFESSIONAL (CDRP) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Certified Data Recovery Professional (CDRP) merupakan latihan yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep, proses dan teknik pemulihan data daripada pelbagai jenis media storan seperti HDD, SSD, sistem RAID, storan pita dan storan awan. Kursus ini merangkumi asas pemulihan data, penggunaan alat dan perisian pemulihan data serta amalan terbaik dalam mengendalikan pelbagai senario kehilangan data. Selain itu, kursus ini turut menekankan aspek keselamatan data, pematuhan kepada peraturan perlindungan data serta implikasi perundangan dalam proses pemulihan data bagi memastikan integriti dan keselamatan data sentiasa terpelihara.

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep, prinsip dan teknologi pemulihan data daripada pelbagai jenis media storan seperti HDD, SSD, RAID dan storan awan.
  2. Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan alat dan teknik pemulihan data bagi mengenal pasti punca kehilangan data serta melaksanakan proses pemulihan secara berkesan.
  3. Membolehkan peserta memahami amalan terbaik, keselamatan data serta keperluan perundangan dalam melaksanakan proses pemulihan data.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan
  1. Pegawai yang terlibat dalam bidang ICT, keselamatan siber, pengurusan sistem, storan data atau forensik digital.

  2. Mempunyai pengetahuan asas teknologi maklumat  seperti sistem operasi, rangkaian komputer atau pengurusan storan data.

  3. Peserta digalakkan mempunyai pengetahuan asas mengenai struktur fail dan media storan seperti HDD, SSD atau RAID.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 09/06/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Module 1: Introduction to Data Recovery
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Module 1: Introduction to Data Recovery
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Module 2: Data Storage Technologies
: Module 3: Data Recovery Techniques
Hari Ke-2 | 10/06/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Module 4: Data Recovery Tools
: Module 5: Data Recovery Processes
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Module 6: Data Recovery Best Practices
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Module 7: Data Recovery Troubleshooting
: Module 8: Data Recovery Regulations and Standards
Hari Ke-3 | 11/06/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Module 9: Data Recovery Security
: Module 10: Data Recovery Disaster Planning and Recovery
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Module 11: Data Recovery Business Practices
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Module 12: Data Recovery Professional Certification
: PEPERIKSAAN (OBJEKTIF)