Program Perantis Pertanian (Talent Pool) merupakan satu program yang dirangka selaras dengan Dasar Agromakanan 2.0 (DAN) sebagai salah satu pendekatan MAFI bagi menyokong sekuriti makanan negara. Melalui program ini, penganjuran kursus adalah secara bersasar dengan pembangunan modul mengikut keperluan kategori penerima kursus. Kursus Pengurusan Tanaman Berdaun menggunakan Teknologi Hidroponik Nutrient Film Technique (NFT) bertempat di PPK Kawasan Tampin (PPK TanggaMas), Negeri Sembilan merupakan salah satu kursus di bawah program ini dan bertujuan untuk memberikan pendedahan serta pengalaman sebenar kepada peserta yang berminat untuk menceburi bidang tanaman yang menggunakan teknologi hidroponik.
Terbuka kepada :
1. Bakal pesara kerajaan atau swasta.
2. Pesara Kerajaan atau swasta.
3. Usia 30 - 60 tahun
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Malam - 10.30 Malam |
: | Analisa kewangan dan aliran tunai |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Taklimat Sistem di Tapak Projek NFT PPK Tampin (TANGGAMAS) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Cara membuat mini hidroponik NFT | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Taklimat dari Pembiayaan (Agrobank) | |
: | Taklimat Rancangan Perniagaan (Agrobank) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengenalan mengenai hidroponik NFT | |
: | Teknologi hidroponik NFT dalam pengeluaran sayuran |