Carian Kursus

[ KCA0016 ] Kursus Pengurusan Projek ICT [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini memberi pendedahan kepada penggunaan Garis Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA) yang dikeluarkan oleh MAMPU bagi tujuan menguruskan projek ICT. Sesi ceramah dan hands-on akan dijalankan secara dalam talian

Objektif Kursus
  1. Menerangkan komponen-komponen dalam pengurusan projek ICT berdasarkan Panduan Pelaksanaan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam
  2. Memberi panduan penyediaan Dokumen Permulaan Projek dan Pelan Pengurusan Projek berdasarkan PPrISA
Syarat Tambahan

PERINGATAN: Kursus ini akan dijalankan secara dalam talian (online). Peserta yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel.

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  • Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Bukit Kiara(INTAN) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
  • Kelulusan Ketua Jabatan diperolehi oleh peserta semasa borang pengesahan kehadiran DTIMS dimuatnaik.
  • Peratus kehadiran peserta adalah 80% tanpa gagal.
  • Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang kursus.
  • Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan.
  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.20 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  • Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           
  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  • Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 14/03/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Projek ICT
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Fasa 1- Permulaan - Dokumen Permulaan Projek (DPP)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Dokumen Permulaan Projek (DPP)
Hari Ke-2 | 15/03/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Fasa 2- Perancangan - Dokumen Pelan Pengurusan Projek (PPP)
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kumpulan: Pelan Pengurusan Projek
Hari Ke-3 | 16/03/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Fasa 3- Fasa Pelaksanaan & Kawalan Projek
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Fasa 4- Penamatan Projek