Carian Kursus

[ TZA0051 ] Kursus Sense of Urgency [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Dalam mendepani pelbagai cabaran, penjawat awam merupakan tunjang utama dalam merealisasikan pelbagai hasrat pihak kerajaan. Oleh itu, budaya kesegeraan dan budaya pengurusan tepat sangat penting bagi menghadapi persekitaran operasi yang mencabar dan  sukar jangka.

Selaras dengan ini, pihak INTIM berhasrat supaya kursus ini dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang budaya kesegeraan dalam perkhidmatan awam dan memastikan jabatan dapat mendukung tadbir urus yang lebih cekap bagi menjamin kepuasan pelanggan.

 

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan dengan betul 5 peringkat menangani perubahan berdasarkan pendekatan ADKAR.
  2. Mengaplikasikan 4 teknik dalam meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan tugasan harian.
  3. Menerangkan dengan betul definisi konsep tangkas dan adaptif berdasarkan Kerangka Fokus Utama Perkhidmatan Awam
Syarat Tambahan
  1. Kursus ini ditawarkan secara terbuka untuk pegawai Gred 29 hingga 48;

  2. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

  3. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

  4. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

  5. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS; 

  6. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing; dan

  7. 6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 22/04/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KURSUS/ TAKLIMAT MADANI
: PENGENALAN KEPADA BUDAYA KESEGERAAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MEMBINA BUDAYA KONDUSIF: UNITY IS SPEED, SPEED IS POWER
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MENANGANI PERUBAHAN
Hari Ke-2 | 23/04/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TEKNIK PENGURUSAN KESEGERAAN (PECAH KECIL DAN REPRIOTIZING)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: TEKNIK PENGURUSAN KESEGERAAN (POMODORO & SOUMAP)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIH AMAL TPK1
Hari Ke-3 | 24/04/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KAJIAN KES DAN LDK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PEMBENTANGAN DAN REFLEKSI
: RUMUSAN & PENILAIAN