Carian Kursus

[ TZA0008 ] Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan berkaitan pengurusan aset Kerajaan. Sepanjang 4 hari berkursus, para peserta akan didedahkan dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang betul dan baik selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan AM 2.0 hingga AM 2.8 bagi memastikan aset Kerajaan dapat diurus dengan lebih bersistematik.  Kursus ini turut bertujuan untuk memastikan aset alih kerajaan dapat diurus mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. 

 

Objektif Kursus
  1. Menerangkan prinsip-prinsip asas dan kaedah pengurusan aset alih kerajaan yang berkesan sebagaimana ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan;
  2. Mengaplikasikan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dengan lebih sistematik, cekap dan teratur; dan
  3. Mengklasifikasikan kepentingan pengurusan aset alih kerajaan dalam meningkatkan integriti dan tanggungjawab penjawat awam.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

1.    Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2.   Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3.    Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;

4.    Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan;

5.    Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;

6.    Tempat penginapan sepanjang kursus berlangsung di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;

7.    Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan

8.    Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 08/05/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT KURSUS
: AM 2.0 - PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: AM 2.1 - PENDAHULUAN : PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: AM 2.2 & 2.3 - PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN ASET ALIH KERAJAAN
Hari Ke-2 | 09/05/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AM 2.4 - PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: AM 2.5 - PENYELENGGARAAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: AM 2.6 - PINDAHAN ASET ALIH KERAJAAN
Hari Ke-3 | 10/05/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AM 2.7 - PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: AM 2.8 - KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA ASET ALIH KERAJAAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KAJIAN KES
Hari Ke-4 | 11/05/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PEMBENTANGAN KUMPULAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PEMBENTANGAN KUMPULAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENILAIAN, RUMUSAN DAN PENUTUPAN KURSUS