Carian Kursus

[ KNA0018 ] Kursus Human Resource Champions: Pengurusan Gaji, Elaun dan Kemudahan [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung segala aspek perkhidmatan pegawai, bermula dari pelantikan sehingga penamatan perkhidmatan, serta memantapkan kompetensi sebagai Pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi.

Objektif Kursus
  1. Memberi penerangan mengenai dasar dan pengurusan gaji, elaun dan kemudahan Perkhidmatan Awam supaya PSM boleh memberi khidmat nasihat yang tepat kepada pegawai di agensi masing-masing
  2. Memberi kefahaman mengenai prinsip dan syarat pemberian gaji, elaun dan kemudahan Perkhidmatan Awam supaya PSM dapat melaksanakan pengurusan dan pemberian gaji, elaun dan kemudahan Perkhidmatan Awam dengan teratur
  3. Meningkatkan kemahiran aplikasi praktikal melalui sesi kajian kes dan perbincangan kumpulan
  4. Mewujudkan jaringan kerjasama (networking) di antara Pengurus-pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi
Syarat Tambahan

1. Keutamaan diberikan kepada penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia di Kementerian/jabatan/agensi.

2. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.

3. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan untuk melayakkan bagi mendapat sijil kehadiran kursus.

4. Tempat penginapan adalah tidak disediakan. 

5. Sebanyak RM30.00 (tunai) akan dikutip daripada setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing.

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada peserta pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 13/06/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Gaji
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kajian Kes dan Perbincangan Kumpulan (Pengurusan Gaji)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Elaun
Hari Ke-2 | 14/06/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kemudahan Cuti (Perintah Am Bab C)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kemudahan Cuti (Perintah Am Bab C)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian Kes dan Perbincangan Kumpulan (Kemudahan Cuti)
Hari Ke-3 | 15/06/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kemudahan Perubatan (Perintah Am Bab F)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Waktu Bekerja dan Lebih Masa
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penilaian Kursus