Carian Kursus

[ JDNHA0001 ] KURSUS PRA PERSARAAN PERKHIDMATAN AWAM [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus
  1. Persaraan merupakan satu fasa baharu dalam kehidupan di mana seseorang berhenti daripada bekerja atau mengakhiri kerjaya profesionalnya secara rasmi. Persaraan adalah masa di mana seseorang melepaskan tanggungjawab pekerjaan dan beralih kepada fasa kehidupan yang lebih santai atau berbeza dari sebelumnya.
  2. Oleh itu, adalah penting untuk mendedahkan bakal pesara kepada hal-hal berkaitan persaraan dalam perkhidmatan awam, termasuklah faedah dan kemudahan persaraan sedia ada. Selain itu, persediaan yang rapi dari segi fizikal, mental, emosi dan kewangan akan membolehkan seseorang mengurus peralihan ke fasa persaraan dengan lebih lancar. Perancangan yang bijak juga akan mengurangkan tekanan dan membolehkan seseorang menikmati fasa persaraan dengan lebih tenang dan produktif.
  3. Selain itu, salah satu objektif Program Latihan JDN adalah memastikan setiap pegawai JDN dilengkapkan dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi serta pembelajaran yang berterusan lebih-lebih lagi apabila melibatkan perubahan ke Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu.
Objektif Kursus
  1. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk: a) Memahami psikologi ke alam persaraan; b) Mengetahui faedah-faedah persaraan; c) Mengetahui tentang faedah terbitan dan perubatan; d) Mengetahui cara mengurus wang ganjaran; dan e) Mengetahui cara mengurus wang pencen dan scammer kewangan
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Peserta terdiri daripada bakal pesara JDN.

Modul/Topik
Hari Pertama | 23/06/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: KE ALAM PERSARAAN
Hari Ke-2 | 24/06/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: FAEDAH DAN GANJARAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: FAEDAH TERBITAN DAN FAEDAH PERUBATAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: ISU-ISU PEMOTONGAN DALAM GRADUITI DAN GCR
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: LAWATAN KE IKS @ LANGKAWI
Hari Ke-3 | 25/06/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGURUSAN WANG GANJARAN, PENCEN DAN SCAMMER KEWANGAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENGURUSAN WANG GANJARAN, PENCEN DAN SCAMMER KEWANGAN