Carian Kursus

[ TZA0009 ] Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan perolehan kerajaan dan tanggung jawab penjawat awam untuk menjaga kepentingan kerajaan. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam menguruskan perolehan secara sistematik berpandukan peraturan-peraturan semasa yang ditetapkan.

 

Objektif Kursus
  1. Menerangkan kepentingan pengurusan perolehan dalam mencapai prinsip nilai faedah terbaik bagi kepentingan perkhidmatan awam; dan
  2. Mengaplikasikan pengurusan perolehan kerajaan secara sistematik berpandukan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

  2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

  3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;

  4. Makan pagi dan tengah hari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan;

  5. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;

  6. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;

  7. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan

  8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 08/07/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Perolehan Kerajaan
: Pendaftaran, Taklimat Peserta dan Malaysia MADANI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Integriti Dalam Pengurusan Perolehan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Punca Kuasa, Prinsip, Dasar Perolehan Kerajaan
Hari Ke-2 | 09/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kaedah Perolehan Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penyediaan Spesifikasi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kaedah Pengurusan Sebut Harga
Hari Ke-3 | 10/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kaedah Pengurusan Tender
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kaedah Penilaian Teknikal dan Kewangan (Bekalan & Perkhidmatan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kaedah Perolehan Kerja dan Pentadbiran Kontrak Kerja
Hari Ke-4 | 11/07/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak (Bekalan & Perkhidmatan)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Isu dan Masalah Dalam Perolehan Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian Kes
: Penutupan Kursus