Carian Kursus

[ KLA0006 ] Kursus Post-Normal Leadership [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

"Post-normal times cannot be managed but only navigated." - Ziauddin Sardar -

  1. Selepas berlalunya zaman pandemik atau normal baharu, semua yang dianggap 'biasa' kini semakin menghilang. Kita telah memasuki era pasca-normal (post-normal). Suatu tempoh antara zaman di mana ortodoks lama semakin menghilang, yang baharu masih belum wujud, dan tiada apa yang benar-benar pasti. Era ini didominasi oleh kerumitan (complexity), kekacauan (chaos) dan percanggahan (contradictions). 
     
  2. Situasi ini memerlukan suatu bentuk kemahiran kepimpinan yang unik dan lain daripada kebiasaan. Kepemimpinan era pasca-normal mencabar segala apa yang difikirkan selama ini betul dan biasa. YAB. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia menekankan bahawa kita sekarang sedang melalui era pasca-normal. Era yang tidak memiliki duluan – sesuatu yang belum pernah kita hadapi. Untuk bergerak menempuhi era pasca-normal memerlukan perubahan dalam cara kita berfikir, cara kita membuat pilihan, cara kita bertindak dan cara kita melangkah menuju masa depan.
Objektif Kursus
  1. Memahami trend dan bentuk kepimpinan dalam era pasca-normal.
  2. Memerihalkan corak pemikiran pemimpin dalam era pasca-normal.
  3. Mendedahkan pemimpin perkhidmatan awam kepada cabaran memimpin pada era pasca-normal.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Bagi memaksimumkan manfaat kursus, penjawat awam gred 41 - 56 yang hendak memohon adalah disarankan menepati prasyarat berikut:

  • Telah berkhidmat sekurang - kurangnya lima (5) tahun.
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 13/01/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Leading in the Post-Normal
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Leading From the Future (Part I)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Saya Dari Masa Depan
Hari Ke-2 | 14/01/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Leading Remotely
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Leading From the Future (Part II)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Elephant in the Room
Hari Ke-3 | 15/01/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Leading Transformation
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Followers of Tomorrow