Kursus Profesionalisme Diri Unggul merupakan salah satu kursus yang bertujuan untuk melahirkan penjawat awam berprestasi tinggi dan mempunyai ciri-ciri peribadi yang berkualiti dan berpenampilan bagi menyampaikan perkhidmatan cemerlang
1. Peserta perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;
4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM dan Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS.
5. Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah disediakan. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).
6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Taklimat peserta & Pengenalan Malaysia Madani | |
: | BEKERJA DENGAN KECERDASAN EMOSI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | TAK KENAL, TAK TAHU | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | APAKAH NILAI ANDA? |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | TATAKELAKUAN DAN LARANGAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PEKERJA SOKONGAN YANG PROFESIONAL DAN UNGGUL | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | KENALI DIRI, JATI DIRI DAN KONSEP DIRI |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MEMBINA KEBERSAMAAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MEMBINA KEBERSAMAAN | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | RUMUSAN DAN PENUTUP |