Carian Kursus

[ WZA0021 ] Tatacara Pengurusan Stor dalam Pengurusan Kewangan Negara [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus
  1. Menerangkan aspek-aspek penting dalam pengurusan stor selaras dengan PP - Tatacara Pengurusan Stor dan peraturan-peraturan yangn berkuatkuasa;
  2. Mengenal pasti punca-punca berlakunya ketidakakuran dalam pengurusan stor; dan
  3. Menerangkan amalan-amalan pengurusan stor yang terbaik berdasarkan Tatacara Pengurusan Stor yang termaktub dalam Pekeliling Perbendaharaan.
Objektif Kursus
  1. Mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi dalam meningkatkan kecemerlangan pengurusan stor di agensi masing-masing;
  2. Meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam mengurus stor selaras dengan pekeliling baru 1PP – Tatacara Pengurusan Stor dan Sistem Pengurusan Stor (SPS); dan
  3. Menambah pengalaman dalam mengurus dan memantau pengeluaran dan penggunaan barang-barang stor (stok dan inventori) kerajaan secara sistematik berpandukan kepada peraturan-peraturan semasa.
Syarat Tambahan

1. Pemillihan peserta kursus diutamakan kepada Pegawai Stor  dan Pembantu Pegawai Stor

2. Pemilihan peserta yang lain bedasarkan kriteria permohonan peserta memohon kursus ini.

Peserta perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut sekiranya kursus ini akan dijalankan secara Dalam Talian.

  • Pautan link kursus akan diberikan kepada peserta tiga (3) hari sebelum bekursus. 
  • Memuat naik borang Kelulusan Ketua Jabatan dan melangkapi borang tersebut serta memuat naik maklum balas  borang pengesahan kehadiran dalam  DTIMS.
  • Peratus kehadiran peserta adalah 100% tanpa gagal;
  • Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang kursus;
  • Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan;
  • Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan;
  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. 
  • Mengemukakan soalan dan maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window;
  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat;
  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa mengikuti kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window;
  • Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus;
  • Muat turun e-sijil, nota dan pelbagai rujukan lain boleh dibuat selepas penilaian program diselesaikan; dan
  • Daftar kehadiran berkursus dalam sistem e-Latihan JPA (bagi penjawat awam yang berkaitan).
Modul/Topik
Hari Pertama | 21/03/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Pengurusan Aset AM 1.1 dan Pendahuluan Pengurusan Stor AM 6.1
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pendahuluan Pengurusan Stor AM 6.1 (samb..)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal 1
Hari Ke-2 | 22/03/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penerimaan AM 6.2 & Merekod Stok AM 6.3
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penyimpanan AM 6.4 & Pengeluaran AM 6.5
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal 2
Hari Ke-3 | 23/03/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Verifikasi AM 6.6 & Keselamatan dan Kebersihan AM6.7 & Pindahan 6.8
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pelupusan AM 6.9 dan Kehilangan & Hapuskira AM 6.10