Carian Kursus

[ IEB0039 ] DRONE MASTERY PRO MISSION & DATA INTELLIGENCE COURSE [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Program latihan berimpak tinggi ini merangkumi modul komprehensif yang melibatkan operasi di udara melalui Unmanned Aerial Vehicle (UAV), operasi bawah air menggunakan Remotely Operated Vehicle (ROV)/dron bawah air, serta teknik pemantauan termal (Thermal Monitoring).

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kecekapan operasi dalam merancang dan mengendalikan penerbangan dron bagi melaksanakan tugasan penggambaran udara, pemantauan keselamatan, serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara efisien dan mematuhi piawaian industri
  2. Menguasai kepakaran pengimejan termal bagi skop pemeriksaan keselamatan struktur fizikal/bangunan, serta meningkatkan keupayaan pengesanan sumber haba melibatkan hidupan secara sistematik
  3. Mempertingkat kemahiran teknikal dalam merancang dan mengendalikan pengoperasian dron bawah air bagi tujuan pemantauan ekosistem marin, pemeriksaan infrastruktur dasar laut, dan pengimejan bawah air
Syarat Tambahan

Syarat & Keperluan Peserta Berjaya:

  • Sijil: Peserta wajib mempunyai sijil peringkat asas dan sijil peringkat pertengahan atau Sijil SKMM yang dianjurkan oleh pihak IPPTAR (Sila emelkan sijil-sijil tersebut kepada zahara_ms@ipptar.gov.my).

  • Keperluan Dron: Peserta wajib membawa dron sendiri.

  • Permit Penerbangan: Peserta bertanggungjawab memohon permit kelulusan menerbangkan dron secara individu sebelum kursus bermula. (Maklumat lokasi akan dimaklumkan hanya kepada peserta yang berjaya).

  • Peranti & Perisian: Peserta perlu membawa peralatan elektronik sendiri untuk tugasan praktikal (suntingan). Tiada had perisian dan anda bebas menggunakan mana-mana aplikasi suntingan pilihan anda.

  • Liabiliti & Risiko: Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan peranti, kehilangan peralatan, atau implikasi luar jangka yang berlaku sepanjang kursus. Segala kerosakan, risiko, dan kebarangkalian insiden adalah di bawah tanggungjawab peserta masing-masing.

 

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/09/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Introduction to Underwater Drones Technologyand Application
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: safety Protocols and Operational guidelines for underwater Drones
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Introduction to Drone Themal Imaging
Hari Ke-2 | 22/09/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Building Photography/Videography (Themal Inspection)
: 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Sea view & Island Surroundings Photography/Videography (Island Task)
Hari Ke-3 | 23/09/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Underwater Drone (ROV) Operation Scenery Photography/Videography
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Island Photography/Videography (Themal Inspection)
Hari Ke-4 | 24/09/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Aerial Photography/Videography (Jambatan Angkat)
SESI 2 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Ground Photography/Videography (Pasar Payang)
Hari Ke-5 | 25/09/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Underwater Drones Maintenance