Carian Kursus

[ KFB0001 ] Kursus Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan (SPPK) Bekalan & Perkhidmatan [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk menerangkan dan meningkatkan kefahaman proses pelaksanaan perolehan bekalan dan perkhidmatan yang teratur serta mengaplikasi pengetahuan serta amalan best practices yang dipelajari semasa kursus dalam urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan. Selain itu, dapat melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan teknik yang relevan dalam menguruskan perolehan Kerajaan supaya memberikan pulangan terbaik untuk Kerajaan.

Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti maklumat penting mengenai dasar, peraturan dan prosedur perolehan bekalan dan perkhidmatan Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
  2. Membandingkan perbezaan di antara dasar, peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa di dalam mengurus perolehan bekalan dan perkhidmatan Kerajaan.
  3. Menerangkan kandungan intipati dasar, peraturan dan prosedur di dalam pengurusan perolehan bekalan dan perkhidmatan Kerajaan.
Syarat Tambahan

Prasyarat utama penyertaan ialah Pegawai Perolehan gred 29 hingga 56 yang sedang atau pernah berkhidmat dalam pengurusan perolehan Kerajaan dan pernah menyertai Kursus Training of Trainers (TOT) yang berkaitan perolehan Kerajaan yang diadakan oleh Kementerian selain daripada Kursus TOT yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan serta kursus perolehan Kerajaan anjuran INTAN dan Institut Perakaunan Negara. Peserta yang berjaya akan ditemu duga oleh urus setia kursus

Modul/Topik
Hari Pertama | 20/04/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Akta Perolehan Kerajaan 2025, Dasar-Dasar/Perubahan terkini Perolehaqn Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Perancangan Perolehan dan Penyediaan Spesifikasi
Hari Ke-2 | 21/04/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penilaian dan Perakuan Tawaran
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sistem ePerolehan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak
Hari Ke-3 | 22/04/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan dan Pentadbiran kontrak (samb.)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Program Kolabrasi Industri
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kontrak Pusat dan Kontrak Panel Berpusat
Hari Ke-4 | 23/04/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Isu-Isu Perolehan Kerajaan dari Perspektif SPRM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Isu-Isu Perolehan Kerajaan dari Perspektif SPRM
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Persediaan pembentangan kajian kes/aktiviti kumpulan
Hari Ke-5 | 24/04/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ujian Kefahaman
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembentangan Kumpulan
Hari Ke-6 | 24/06/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kumpulan (samb. jika berkaitan)