Carian Kursus

[ SZA0018 ] Kursus Smart Integriti [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Para peserta akan mengikuti modul pembelajaran secara dalam talian (online). Program ini berlangsung selama DUA hari memberi penakanan terhadap aspek SMART dalam integriti yang boleh diaplikasi ditempat kerja. 

Objektif Kursus
  1. Mengaplikasikan nilai-nilai murni dan akhlak selari dengan prinsip dan nilai integriti dalam Perkhidmatan Awam; dan
    Apply noble and moral values ​​in line with the principles and values ​​of integrity in the Public Service; and
  2. Mengaplikasikan ciri kepimpinan dan nilai-nilai yang positif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab harian
    Apply leadership characteristics and positive values ​​in carrying out daily tasks and responsibilities
Syarat Tambahan

Semua peserta dikehendaki mematuhi syarat serta peraturan kursus seperti berikut:

1.    Mendaftar masuk setengah jam lebih awal dari masa kursus bermula

2.    Para peserta dimohon untuk menggunakan NAMA PENUH yang telah diperuntukan  semasa menyertai sesi kursus melalui platform yang akan ditetapkan oleh pihak urus setia sama ada menggunakan aplikasi Zoom/Google Meet  masing- masing bagi memudahkan sesi pendaftaran dan pengesanan peserta.

3.    Mematuhi masa kursus yang ditetapkan sebagaimana di dalam jadual kursus.

4.    Peserta WAJIB hadir dalam setiap slot. Ketidakhadiran dalam salah satu slot akan menyebabkan secara automatik Penyelia Peserta akan menerima notifikasi ketidakhadiran tersebut secara emel dan  peserta tidak menerima sijil kehadiran serta tidak melayakkan pegawai mendapat Sijil Kursus. Sebab-sebab tidak hadir hanya dibenarkan dan diberi pertimbangan oleh pihak urus setia.

5.    Pengurus Program akan memaklumkan kepada penyelia peserta jika didapati peserta tidak hadir dalam slot kursus tanpa pemakluman. Kebenaran tidak hadir dalam mana-mana slot kursus dengan kebenaran tidak akan menyebabkan catatan bahawa para peserta gagal hadir pada keseluruhan kursus

6.    Menetapkan webcam sentiasa dalam mode on semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mode off sekiranya tiada keperluan interaksi. Laluan soal jawab akan diberikan kepada para peserta

7.    DILARANG untuk menyebarkan pautan zoom kursus kepada BUKAN PESERTA.

Modul/Topik
Hari Pertama | 11/04/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN & TAKLIMAT KURSUS
: ETIKA KERJA PERKHIDMATAN AWAM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Hari Ke-2 | 12/04/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LATIHAN DALAM KUMPULAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: RUMUSAN DAN PENILAIAN KURSUS