Carian Kursus

[ SZA0038 ] Kursus Pengurusan Pelanggan [ Siri 3/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai PKPA Bilangan 1 Tahun 2008 :Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan pelanggan di jabatan/agensi masing-masing untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan secara berkesan  dan berkualiti iaitu Delighting the Customer dari aspek fizikal, penyampaian dan emosi serta dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

 

 

Objektif Kursus
  1. Menerangkan konsep asas perkhidmatan pelanggan berdasarkan PKPA 1/2008: Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan;
  2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua (2) tugas dan tanggungjawab sebagai penyelia atau pengurus perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berbudi bahasa; dan
  3. Menyenaraikan kepentingan perkhidmatan pelanggan dari persepsi pelanggan atau orang awam.
Syarat Tambahan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Dukacita dimaklumkan bahawa Kursus Pengurusan Pelanggan Bil 3/2022 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 19 Mei 2022 ditangguhkan ke tarikh 4 hingga 7 Julai 2022.
Permohonan tuan/puan akan diproses mengikut prosedur sedia ada.
Maklumat semasa akan diemelkan kepada semua pemohon yang berjaya seawal dua minggu sebelum tarikh kursus berlangsung.

Terima kasih.

Pengurus Program
 

Modul/Topik
Hari Pertama | 17/05/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus dan Ice breaking
: Konsep Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Perkhidmatan Kaunter dan Telefon Berkualiti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Hubungan Interpersonal
Hari Ke-2 | 18/05/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Komunikasi Berkesan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Imej Sebagai Petugas Barisan Hadapan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Lawatan Mystery Shopping
Hari Ke-3 | 19/05/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latihan Dalam Kumpulan: Penemuan Mystery Shopper
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembentangan Kumpulan: Penemuan Mystery Shopper
: Penutup dan Rumusan