Carian Kursus

[ FZA0005 ] Faedah dan Pengurusan Persaraan - Apa Bakal Pesara Perlu Tahu? [ Siri 3/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan bagi menyediakan platform kepada bakal pesara (wajib/pilihan) untuk mendapatkan informasi yang tepat mengenai penyediaan maklumat dan dokumen persaraan serta faedah persaraan, faedah perubatan dan faedah terbitan yang layak diterima/dituntut setelah bersara kelak. Pemberian pencen dan ganjaran juga boleh ditarik balik, ditahan atau dikurangkan atas sebab-sebab tertentu. Ingin tahu lebih lanjut? Jom mohon kursus ini segera!

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab pegawai bagi melengkapkan kertas persaraannya mengikut senarai semak yang ditetapkan;
  2. Menyenaraikan jenis-jenis faedah persaraan yang layak diterima/dituntut setelah bersara berdasarkan akta pencen yang berkuatkuasa; dan
  3. Mengenal pasti individu yang layak menerima faedah terbitan dan kemudahan lain sekiranya pegawai meninggal dunia dalam perkhidmatan atau dalam persaraan.
Syarat Tambahan

Terma & Syarat

  • Kursus ini memberi keutamaan kepada penjawat awam yang bakal bersara dalam tahun 2024 - 2026 sama ada bersara wajib/pilihan.
  • Semasa memohon kursus, sila nyatakan tarikh persaraan dalam ruangan 'Keterangan aspek tugas yang ada kaitan dengan kursus yang dimohon'.
  • Contoh kenyataan: Bersara pilihan pada 1.7.2024.
  • Peserta yang berjaya mestilah mempunyai peranti kamera video (webcam) dan mikrofon.

Maklumat  Tambahan

  • Berpakaian kemas dan sopan.
  • Bersedia dan sertai pautan kursus 10 minit sebelum sesi bermula.
  • Memastikan pautan yang diterima adalah dari sumber atau host yang sah.
  • Video hendaklah sentiasa diaktifkan (on), dan audio tidak diaktifkan (mute). Audio diaktifkan (unmute) hanya apabila ingin berkomunikasi. 
  • Melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan (individu/berkumpulan).
  • Tidak berkongsi pautan dengan pihak atau individu lain yang tidak ditawarkan kursus ini.
Modul/Topik
Hari Pertama | 23/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Faedah Persaraan & Perubatan
: TAKLIMAT MALAYSIA MADANI OLEH URUS SETIA KURSUS
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Faedah Terbitan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengiraan Gantian Cuti Rehat (GCR)
Hari Ke-2 | 24/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Maklumat & Dokumen Persaraan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Hutang - hutang Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Baki Pinjaman Perumahan