Carian Kursus

[ FZA0001 ] Kursus Health, Fitness and Happiness [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Health, Fitness & Happiness dilaksanakan dengan hasrat menyahut saranan kerajaan agar pekerja sektor awam kekal aktif, sihat dan produktif sepanjang masa. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati golongan yang paling tidak aktif fizikal adalah mereka yang berusia 75 tahun ke atas. Oleh itu, bagi memastikan warga perkhidmatan awam membudayakan senaman dan diet seimbang sepanjang hayat, kursus ini direka bentuk khas untuk kakitangan awam yang berusia 50 tahun dan ke atas bagi mempersiapkan diri dari sudut fizikal dan pemakanan menjelang persaraan.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan jenis dan menu makanan yang bersesuaian dengan keperluan tubuh badan mengikut Garis Panduan Diet Malaysia;
  2. Mengenal pasti langkah-langkah memelihara kesejahteraan mental;
  3. Melakukan saringan ujian kesihatan (senior fitness test) dan senaman circuit training mengikut keupayaan dan tahap regangan badan.
Syarat Tambahan

Terma & Syarat

  • Kursus ini KHAS untuk warga INTAN.
  • Keutamaan diberikan kepada peserta berumur 50 tahun dan ke atas.
  • Peserta yang berjaya dimestikan berpakaian sukan yang lengkap dan sopan sepanjang kursus.

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 08/06/2024 | Sabtu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Taklimat Malaysia Madani
Hari Ke-2 | 09/06/2024 | Ahad
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penjagaan Kesihatan Mental
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Petua Pemakanan Untuk Penuaan Sihat
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Aktiviti Dalam Kumpulan
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Riadah Petang
SESI 5 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Perkongsian Pengalaman : Gaya Hidup Sihat
Hari Ke-3 | 10/06/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Saringan Ujian Kecergasan (Senior Fitness Test)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kesihatan dan Kecergasan Fizikal
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Senaman Circuit Training
Hari Ke-4 | 11/06/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Rumusan Kursus