Carian Kursus

[ KEA0006 ] Kursus Integriti Dan Tadbir Urus Terbaik Dalam Pengurusan Kewangan Kerajaan [ Siri 2/2021 ]

Sinopsis Kursus

Menerangkan mengenai isu-isu yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan meningkatkan kesedaran para penjawat awam terhadap kepentingan mempunyai tahap integriti dan akauntabiliti yang tinggi. Di samping itu, kursus ini bakal menerangkan mengenai punca-punca berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan awam yang berkuatkuasa serta kesan-kesan buruk kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan kriteria pegawai yang mengamalkan akauntabiliti ketika mengurus kewangan.
  2. Membuat perbandingan pengetahuan mahupun kemahiran ketika menangani permasalahan berkaitan integriti kewangan.
  3. Mengenal pasti kepimpinan yang mengamalkan tadbir urus yang baik dan berintegriti dalam mengurus kewangan.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Tiada

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 23/06/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Etika Kerja
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Laporan Ketua Audit Negara: Audit Kewangan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Laporan Ketua Audit Negara: Audit Prestasi
Hari Ke-2 | 24/06/2021 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: “Kerana Rasuah Hidup Bencana”
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Rasuah dan Salah Guna Kuasa oleh Penjawat Awam
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Tindakan Tatatertib bagi Kes Pengurusan Kewangan