Carian Kursus

[ EAA0110 ] KURSUS PENTERNAKAN AYAM SECARA ORGANIK (UPSKILLING-GS) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Penternakan ayam secara organik merupakan satu bidang yang sedang berkembang pesat sejajar dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan makanan, kesihatan pengguna, kesejahteraan haiwan serta kelestarian alam sekitar. Permintaan terhadap produk organik semakin meningkat di pasaran tempatan dan global, malah mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi berbanding produk konvensional.

Namun demikian, masih ramai penternak menghadapi cabaran dari segi kefahaman konsep, teknik pengurusan ternakan, pemakanan ayam organik, kawalan penyakit tanpa bahan kimia sintetik serta prosedur pensijilan yang diperlukan. Kekurangan pengetahuan ini boleh menjejaskan keberkesanan operasi ladang, menurunkan produktiviti dan menyukarkan penternak menembusi pasaran organik yang kompetitif. Justeru, kursus ini diadakan bagi:

1.            Memberi pendedahan kepada penternak tentang asas pengurusan ternakan ayam organik mengikut piawaian ditetapkan.

2.            Membantu penternak meningkatkan daya saing melalui amalan pengurusan yang mapan, selamat dan mesra alam.

3.            Menyokong dasar kerajaan ke arah pengeluaran makanan selamat, berkualiti dan berdaya saing serta selaras dengan agenda Jaminan Makanan Negara.

4.            Menyediakan platform atas talian yang membolehkan penyertaan lebih ramai penternak tanpa mengira lokasi, seterusnya memperluas capaian ilmu dan kemahiran.

Dengan adanya kursus ini, peserta akan dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh secara praktikal di ladang masing-masing, sekaligus meningkatkan pengeluaran ayam organik yang berpotensi menyumbang kepada ekonomi negara serta memenuhi permintaan pengguna.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang konsep penternakan ayam secara organik
  2. Mengamalkan teknik pengurusan ternakan berasaskan organik dengan mengamalkan piawaian, pensijilan dan peraturan berkaitan penternakan organik.
  3. Meningkatkan daya saing penternak melalui inovasi dan pemasaran produk organik.
Syarat Tambahan

 **Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

1. Tidak perlu hadir secara fizikal. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.

2. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.

3. Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.

4. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.

5. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.

6. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window atau group whatsapp/telegram kursus.

7. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

** Para peserta WAJIB mempunyai akses kepada talian Internet yang laju, stabil dan tanpa had serta mempunyai kemudahan kamera dan mikrofon pada komputer/laptop bagi melancarkan sesi pembelajaran secara dalam talian.

** Link capaian ke platform dalam talian akan dihantar melalui e-mel setelah maklumbalas penyertaan dibuat.

***Sila pastikan alamat emel dikemaskini.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 24/08/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Revolusi Penternakan Hijau: Asas & Konsep Ayam Organik
: Rahsia Ayam Sihat: Seni Penjagaan, Pemakanan & Kesejahteraan Ternakan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kuasai Pasaran: Strategi Pemasaran & Penjenamaan Ayam Organik
: Dari Reban ke Empayar: Amalan Lestari Delima Emas