1. Kursus ini memberikan para peserta beberapa konsep yang digunakan untuk menambah kemahiran dalam bidang penyeliaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan.
2. Kursus ini dianjurkan selama dua (2) hari dan diadakan secara bersemuka sepenuhnya tanpa mengubah struktur asal program ini.
3. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan etika kerja perkhidmatan awam.
Semua peserta dikehendaki mematuhi syarat serta peraturan kursus seperti berikut:
1. Para peserta dimohon untuk melaksanakan perkara berikut :
1.1. Melakukan ujian kendiri COVID-19 dalam tempoh 24 jam sebelum pendaftaran;
1.2. Peserta yang mempunyai simptom seperti batuk, selsema atau demam atau positif COVID-19 adalah DILARANG sama sekali berkursus di IKWAS;
2. Peserta TIDAK PERNAH mengikuti Kursus Etika Kerja: Peranan Penyelia anjuran INTAN Kampus Wilayah Selatan.
3. Mendaftar masuk setengah jam lebih awal dari masa kursus bermula
4. Para peserta dimohon untuk memakai TANDA NAMA (name tag) semasa menyertai sesi kursus.
5. Mematuhi masa kursus yang ditetapkan sebagaimana di dalam jadual kursus.
6. Peserta WAJIB hadir dalam setiap slot. Ketidakhadiran dalam salah satu slot akan menyebabkan secara automatik Penyelia Peserta akan menerima notifikasi ketidakhadiran tersebut secara emel dan peserta tidak menerima sijil kehadiran serta tidak melayakkan pegawai mendapat Sijil Kursus. Sebab-sebab tidak hadir hanya dibenarkan dan diberi pertimbangan oleh pihak urus setia.
7. Peserta hendaklah sentiasa mematuhi etika berpakaian semasa berkursus dan mematuhi arahan pihak IKWAS.
8. Pengurus Program akan memaklumkan kepada Ketua Jabatan/Penyelia peserta jika didapati peserta tidak hadir dalam slot kursus tanpa pemakluman.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENDAFTARAN & TAKLIMAT KURSUS/ SESI SUAIKENAL DAN MEMBINA KUMPULAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | ETIKA KERJA PERKHIDMATAN AWAM | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PEMBENTUKAN MINDA BERETIKA |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | INOVASI DAN KREATIVITI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PERANAN PENYELIA | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | LATIHAN DALAM KUMPULAN / PENILAIAN KURSUS |