Carian Kursus

[ KEA0020 ] Kursus Kepimpinan Islam [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk:

a. memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep dan proses kepimpinan islam

b. meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan pengurusan dan kepemimpinan Islam

c. melahirkan peserta yang mengaplikasi kemahiran kepimpinan dan pengurusan dalam organisasi

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep dan proses kepimpinan islam
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan pengurusan dan kepemimpinan Islam
  3. Melahirkan peserta yang mengaplikasi kemahiran kepimpinan dan pengurusan dalam organisasi
Syarat Tambahan

Kursus Kepimpinan Islam Siri 1/2026 ini akan diadakan SECARA ATAS TALIAN.

  • Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Utama Bukit Kiara sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam;
  • Membuat bayaran kursus RM30.00 secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal DTIMS 
  • Kelulusan Ketua Jabatan diperolehi oleh peserta semasa borang pengesahan kehadiran DTIMS dimuat naik;
  • Peratus kehadiran peserta adalah 80% tanpa gagal;
  • Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang program;
  • Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan;
  • Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan;
  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Capaian ke platform dalam talian akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula;
  • Mengemukakan soalan dan maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window;
  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat;
  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa mengikuti kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window;
  • Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus;
  • Muat turun e-sijil, nota dan pelbagai rujukan lain boleh dibuat selepas penilaian program diselesaikan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 13/07/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MANUSIA DAN PEMIMPIN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: SIYASAH SYARIYYAH
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: APLIKASI MAQASID SYARIAH DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Hari Ke-2 | 14/07/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: SYURA MEKANISMA MEMBUAT KEPUTUSAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: BUDAYA KERJA CEMERLANG
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: (PLAN OF ACTION) WAY FORWARD