Carian Kursus

[ KFB0001 ] Kursus Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan (SPPK) Bekalan & Perkhidmatan [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk menerangkan dan meningkatkan kefahaman proses pelaksanaan perolehan bekalan dan perkhidmatan yang teratur serta mengaplikasi pengetahuan serta amalan best practices yang dipelajari semasa kursus dalam urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan. Selain itu, dapat melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan teknik yang relevan dalam menguruskan perolehan Kerajaan supaya memberikan pulangan terbaik untuk Kerajaan.

Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti maklumat penting mengenai dasar, peraturan dan prosedur perolehan bekalan dan perkhidmatan Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
  2. Membandingkan perbezaan di antara dasar, peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa di dalam mengurus perolehan bekalan dan perkhidmatan Kerajaan.
  3. Menerangkan kandungan intipati dasar, peraturan dan prosedur di dalam pengurusan perolehan bekalan dan perkhidmatan Kerajaan.
Syarat Tambahan

Prasyarat utama penyertaan ialah Pegawai Perolehan gred 29 ke atas yang sedang atau pernah berkhidmat dalam pengurusan perolehan Kerajaan dan pernah menyertai Kursus Training of Trainers (TOT) yang diadakan oleh Kementerian yang berkaitan perolehan Kerajaan selain daripada Kursus TOT yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan serta kursus perolehan Kerajaan anjuran INTAN dan Institut Perakaunan Negara

Modul/Topik
Hari Pertama | 12/06/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Persediaan Ujian/ Pembentangan Kajian Kes/ Jurnal Pembelajaran
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kaedah Perolehan Sebut Harga & Tender
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Surat Setuju Terima & Pesanan Kerajaan dan Penyediaan Kontrak
Hari Ke-2 | 13/06/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Sistem ePerolehan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Sistem ePerolehan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Isu-isu Perolehan Kerajaan
Hari Ke-3 | 14/06/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan dan Pelaksanaan Kontrak dan CCP
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengenalan Industrial Collaboration Programme (ICP)
: Kontrak Pusat dan Kontrak Panel
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian Kes – Pengurusan Sebut Harga & Tender
Hari Ke-4 | 15/06/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Risiko Rasuah & Integrity Pact
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Isu-isu Dalam Perolehan Kerajaan Dari Perspektif Audit
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Perolehan ICT
Hari Ke-5 | 16/06/2023 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ujian Kefahaman
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Persediaan Pembentangan Kajian Kes
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kajian Kes