Kursus 3PAB ialah kursus komprehensif khusus untuk pegawai awam yang terlibat dalam pengurusan projek awam. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada peserta sebagai pengurus projek bertauliah yang berkemampuan menguruskan projek secara profesional.
Peserta akan mengikuti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta melalui pelbagai bentuk penilaian secara menyeluruh sepanjang kursus dijalankan.
Bagi melayakkan peserta dipertimbangkan pentauliahan dengan pensijilan pengurusan projek awam bersepadu (3PAB), peserta perlu menghadiri ke semua Modul I, Modul II, Modul III, Modul IV dan Modul V (penempatan projek) dalam tempoh masa dua (2) tahun.
Peserta akan menduduki peperiksaan bagi Modul 1 hingga 3 pada hari terakhir kursus. Manakala bagi Modul 4, peserta akan diberikan tugasan berkumpulan untuk dibentangkan dan akan dinilai oleh Panel.
Kursus ini dilaksanakan secara fizikal selama lima (5) hari bagi Modul 1 dan 2 dan 4 (hari) bagi Modul 3 dan 4.
1. Keutamaan peserta untuk Modul I hingga IV 3PAB ialah pegawai awam yang sedang atau yang dikenalpasti terlibat dalam pengurusan projek awam.
2. Pegawai awam perlu menamatkan Modul I hingga IV 3PAB dengan jaya bagi mengikuti Modul V 3PAB.
3.Tempoh Sah bagi peserta melengkapkan ke semua modul yang ditawarkan (I hingga V) adalah dalam tempoh masa 2 tahun sahaja.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan kepada Pengurusan Projek | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kerangka Pembangunan Bersepadu di Malaysia | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengenalanpastian Projek Menggunakan Logical Framework Approach (LFA) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalpastian projek menggunakan Logical Framework Approch (LFA) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengenalpastian projek menggunakan Logical Framework Matrix (LFM) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Aplikasi Creativity Index (CI) dalam perancangan projek awam |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pembiayaan Projek Awam Secara PPP | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengurusan tanah untuk projek pembangunan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengurusan tanah untuk projek pembangunan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Kajian Kemungkinan: Analisis Alam Sekitar | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kajian Kemungkinan: Analisis Tapak, Teknikal dan Rekabentuk | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kajian Kemungkinan: Analisis Kewangan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Persediaan Peperiksaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Peperiksaan |