Carian Kursus

[ KCA0173 ] Kursus Pengenalan Keselamatan Data Kecerdasan Buatan (AI) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pengenalan Keselamatan Data Kecerdasan Buatan (AI) secara dalam talian ini memberi pendedahan asas mengenai kepentingan keselamatan data dalam penggunaan teknologi AI di tempat kerja. Peserta akan mempelajari konsep asas AI, risiko keselamatan dan privasi data, serta potensi ancaman seperti kebocoran dan penyalahgunaan maklumat.

Kursus ini juga menekankan amalan terbaik, etika penggunaan AI, dan tanggungjawab pengguna dalam memastikan data diurus dan digunakan secara selamat serta bertanggungjawab.

Objektif Kursus
  1. Memahami konsep asas keselamatan data dalam penggunaan AI
  2. Mengenal pasti ancaman dan risiko keselamatan data dalam teknologi AI
  3. Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan perlindungan data AI
Modul/Topik
Hari Pertama | 07/07/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Asas Pengurusan dan Perlindungan Data
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Risiko Keselamatan Data dalam Penggunaan AI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Etika dan Pematuhan dalam Penggunaan AI dan Amalan Terbaik Keselamatan Data dalam AI