Pemikiran manusia begitu luas dan sukar dijangkakan. Oleh yang demikian, amatlah penting untuk memahami strategi dalam berfikir agar hasil idea yang dikeluarkan dapat dimanfaatkan. Beberapa kaedah dan pandangan ahli pemikir turut dibincangkan dalam kursus ini bagi memberikan kefahaman yang jelas berkaitan teknik pemikiran yang hebat.
Mantan Perdana Menteri Malaysia menegaskan dalam dalam Janji 21 : Memperkasakan Perkhidmatan Awam amat menggalakkan warga perkhidmatan awam membudayakan kreativiti dan kebolehan berfikir di luar kotak agar dapat mempertajamkan kebolehan mereka dalam bidang masing-masing. Hanya melalui pembangunan idea yang berkesan akan mampu melahirkan 1,001 idea yang boleh digunakan, berfungsi dan menguntungkan. Keupayaan untuk melihat sesuatu idea dalam pelbagai perspektif atau sudut pandangan yang di luar kebiasaan akan membolehkan seseorang itu bertindak menyelesaikan masalah dengan kaedah yang amat menakjubkan.
Pemillihan peserta kursus diutamakan kepada pegawai yang menguruskan rekod-rekod jabatan
Pemilihan peserta yang lain adalah berdasarkan justifikasi peserta memohon kursus ini.
Peserta perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut :
(Bersemuka)
Memuat turun surat Tawaran Kursus dan melengkapkan Borang Pengesahan Kehadiran untuk dimuat naik sebagai maklum balas kelulusan Ketua Jabatan dalam DTIMS.
Peratus kehadiran peserta mestilah tidak kurang 80% tanpa gagal bagi melayakkan menerima Sijil Kehadiran Kursus;
Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus; dan
Daftar kehadiran berkursus dalam Program Pembangunan Kompetensi HRMIS (bagi agensi yang berkaitan).
(Secara Dalam Talian)
Pautan link kursus akan diberikan kepada peserta tiga (3) hari sebelum berkursus.
Memuat turun surat Tawaran Kursus dan melengkapkan Borang Pengesahan Kehadiran untuk dimuat naik sebagai maklum balas kelulusan Ketua Jabatan dalam DTIMS.
Peratus kehadiran peserta mestilah tidak kurang 80% tanpa gagal bagi melayakkan menerima Sijil Kehadiran Kursus;
Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang kursus;
Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan;
Nama sebenar dan singkatan nama kementerian atau jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan;
Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.00 pagi pada hari berkursus.
Mengemukakan soalan dan maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window;
Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi chat window. Beri laluan kepada penceramah dan peserta lain untuk turut berkongsi maklumat;
Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa mengikuti kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window;
Membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus;
Muat turun e-sijil, nota dan pelbagai rujukan lain boleh dibuat selepas penilaian program diselesaikan; dan
Daftar kehadiran berkursus dalam Program Pembangunan Kompetensi HRMIS (bagi agensi yang berkaitan).
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Kepada Kreativiti dan Inovasi | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Memahami Minda | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Creative Tool : Creative Challenge, Alternative & Concept Fan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Creative Tool : Mind Provocation & Random Input | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Creative Tool : Brainstorming & SCAMPER | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | InnoVisit |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Sesi Creative Idea Jamming (Latihan Dalam Kumpulan) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pembentangan Kumpulan (Sambungan) & Rumusan Akhir |