Carian Kursus

[ KPA0005 ] Kursus Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri bekerjasama dengan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) bagi memberi pendedahan kepada kementerian/agensi/badan berkanun persekutuan mengenai Dasar Kerjasama Awam Swasta (PPP) dan program perancangan pelaksanaan projek pembangunan menerusi kaedah PPP. Kursus ini  memberikan pendedahan dan pemahaman kepada penjawat awam khususnya kepada pegawai pembangunan berkaitan  konsep, model, pelaksanaan dan pengurusan projek kerjasama Awam Swasta.Kursus ini dilaksanakan selama empat (4) hari secara bersemuka. Pada hari ketiga kursus, akan diadakan lawatan ke projek PPP sekitar Kuala Lumpur.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan konsep, model dan struktur PPP serta proses pelaksanaan dan pengurusan projek PPP
  2. Mengenalpasti isu dan cabaran pelaksanaan projek PPP
  3. Menyenaraikan kriteria penentuan, penilaian teknikal dan kewangan Projek PPP
Modul/Topik
Hari Pertama | 07/07/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan PPP: Dasar, Konsep dan Tadbir Urus PPP
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Syarat-syarat Permohonan Projek PPP
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Keperluan Projek PPP (Statement of Need SoN)
Hari Ke-2 | 08/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Perundangan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pertukaran Tanah
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Nilai (VM)
Hari Ke-3 | 09/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Lawatan Projek PPP
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Lawatan Projek PPP
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Lawatan Projek PPP
Hari Ke-4 | 10/07/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penilaian Kewangan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Perbincangan Projek PPP/Case Study
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kumpulan