Carian Kursus

[ BZA0045 ] Bengkel Asas Pengendalian Drone & Suntingan Imej Video Kreatif [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini menawarkan pengetahuan asas mengenai pengendalian drone dengan prosedur penerbangan yang betul dan pengetahuan berkaitan undang- undang serta peraturan drone di Malaysia. Selain itu, dalam kursus ini juga diajar teknik untuk mengedit imej dan video yang diambil dari udara.

Objektif Kursus
  1. Mewujudkan pengendali drone yang cekap.
  2. Memberi pengetahuan mengenai sejarah dan aplikasi serta undang- undang drone di Malaysia.
  3. Memberikan keyakinan kepada pengendali drone agar lebih yakin semasa melakukan pergerakan drone di udara.
  4. Memberi pengetahuan mengenai cara penjagaan dan penyelenggaraan drone.
  5. Memberi pengetahuan teknik video dan imej dari udara dan suntingan
  6. Memberi pengetahuan asas untuk mengendalikan drone dengan teknik penerbangan dan pendaratan dengan baik serta sempurna.
Syarat Tambahan

Terbuka kepada Penjawat Awam Persekutuan & Negeri. Bagi yang mempunyai drone sendiri adalah digalakkan.

Penginapan adalah terhad dan hanya disediakan kepada peserta kursus di luar kawasan Kota Kinabalu, Semenanjung Malaysia, Sarawak & Labuan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 13/06/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kepada Drone & Sejarah Drone
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Undang- Undang & Peraturan Drone di Malaysia
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sistem & Komponen Drone
Hari Ke-2 | 14/06/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Perisian Drone
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Prosedur Penerbangan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyelenggaraan & Penjagaan Drone
Hari Ke-3 | 15/06/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pergerakan Pesawat Drone & Penerbangan Drone (Praktikal)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Editing Fotografi & Imej
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Editing Videografi Udara