Kursus Khidmat Pelanggan dan Terapi Diri (EMPATHY TO EXCELLENT: CUSTOMER SERVICE, SELF-WELLNESS AND AI) memberi pendedahan kepada peserta mengenai amalan terbaik dalam penyampaian perkhidmatan pelanggan yang profesional, pembangunan kesejahteraan diri serta penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) secara beretika dalam tugasan harian. Peserta akan mempelajari kemahiran komunikasi berkesan, pengurusan pelanggan dan aduan, teknik terapi diri serta pengurusan emosi dan tekanan, di samping mengaplikasikan alat AI bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan kerja. Melalui gabungan sesi teori, demonstrasi dan latihan amali, kursus ini bertujuan memperkukuh kompetensi pegawai dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, meningkatkan kesejahteraan di tempat kerja serta menyokong agenda transformasi digital sektor awam.
TERMA & SYARAT
Kursus ini terbuka kepada pegawai Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir, Pegawai Tadbir, Pegawai Perhubungan Awam, Pegawai Penerangan, pegawai komunikasi korporat, pegawai khidmat pelanggan, pegawai sumber manusia, pegawai ICT serta mana-mana pegawai yang terlibat dalam penyampaian perkhidmatan, pengurusan pelanggan dan pentadbiran organisasi.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Status Permohonan
Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.
2. Etika Berpakaian
i. Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang menghadiri kursus.
ii. Semua peserta juga perlu memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi, atau Institusi masing-masing.
3. Permohonan Kursus
i. Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia ke dashboard akaun pengguna peserta di laman DTIMS sebelum hadir berkursus.
ii. Nama peserta akan digugurkan sekiranya gagal membuat bayaran dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
4. Pembayaran Yuran Kursus
i. Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun iPayment di pautan https://ipayment.anm.gov.my/
ii. Kaedah pembayaran yuran pendaftaran kursus secara dalam talian sahaja.
iii. Peserta wajib membuat pembayaran sebelum kursus dijalankan dan bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.
5. Kewajipan Kehadiran
i. Semua peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus.
ii. Peserta dikehendaki bebas daripada sebarang aktiviti lain semasa mengikuti kursus.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Modul 1 : Perkhidmatan Pelanggan Efektif Untuk Setiausaha | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Modul 2 : Membangun Personaliti Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Modul 3 : Gaya Komunikasi Berkesan |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Modul 4: Etika Membina Perhubungan Professional | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Modul 5 : Pengurusan Konflik Di Tempat Kerja | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Modul 6 : Pengurusan Stress Dan Emosi |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Modul 7 : Pengenalan AI dalam pengurusan pejabat, ChatGPT, Gemini, NotebookLM, teknik prompt, latihan. | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Modul 8 : AI untuk penulisan surat, e-mel, memo, laporan, terjemahan dan latihan. | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Modul 9 : AI untuk agenda, minit mesyuarat, action items, jadual kerja dan latihan. | |
| : | Modul 10 : Etika, keselamatan data, semakan fakta, AI hallucination, hak cipta. | |
| : | Refleksi, soal jawab, post assessment |