Carian Kursus

[ UZA0034 ] Kursus Negara Bangsa [ Siri 2/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Negara Bangsa dilaksanakan bagi memberi pengetahuan mengenai pembinaan Negara Bangsa Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan sejarah. Konsep-konsep penting pembinaan negara bangsa yang dibincangkan antara lain adalah seperti asimilasi, integrasi, patriotisma, pembentukan jati diri, hubungan etnik dan pengurusan perpaduan.

 

“Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran serta penduduknya.

- Mohamad Rodzi Abdul Razak: JEBAT 36 (2009) 90-106

Objektif Kursus
  1. Membincangkan konsep-konsep penting pembinaan Negara Bangsa Malaysia
  2. Mengenalpasti faktor-faktor pemangkin dan penghalang pembinaan Negara Bangsa Malaysia
  3. Mengenalpasti dan mencadangkan idea-idea baharu dalam usaha berterusan pembinaan Negara Bangsa Malaysia
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 28/10/2021 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PEMBINAAN NEGARA BANGSA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PASAK NEGARA BANGSA