Penekanan kepada teori asas Perolehan Kerajaan, iaitu mengenali definisi item secara mendalam bagi ketiga-tiga kategori Perolehan: Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan. Selepas mengenali dan faham konsep serta peraturan terbabit, Jabatan / Agensi akan dapat memastikan Perolehan secara Pembelian Terus / Lantikan Terus dibuat teratur dan "Pecah-kecil" TIDAK berlaku bagi mengelak Sebut harga atau Tender. Bahan rujukan: peraturan dan dasar perolehan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Sasaran peserta di semua peringkat kategori skim dan perkhidmatan awam mulai gred 19 sehingga 54. Kelas secara santai dikendalikan dalam talian (online). Peserta perlu mempunyai kemudahan peranti yang sesuai (berkamera) dan berinternet bagi memudahkan serta melancarkan perjalanan kelas secara interaktif, (komunikasi dua hala). Pemilihan peserta tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan dan bersifat 'first come first serve basis'.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan kepada Perolehan Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Kenal kategori perolehan Kerajaan, kenal jenis-jenis item. |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Had nilai dan kaedah tatacara perolehan Kerajaan. | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Tatacara Pembelian Terus dan Lantikan Terus |