Carian Kursus

[ ICB0084 ] PENULISAN DAN PELAPORAN PILIHAN RAYA: STRATEGI KANDUNGAN DAN NARATIF [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Penulisan dan Pelaporan Pilihan Raya: Strategi Kandungan dan Naratif bertujuan memperkukuh pengetahuan serta kemahiran peserta dalam menghasilkan penulisan dan pelaporan berkaitan pilihan raya yang tepat, beretika, berimpak dan berorientasikan khalayak. Kursus ini merangkumi aspek strategi kandungan, pembinaan naratif, teknik pelaporan serta latihan praktikal bagi meningkatkan keupayaan peserta dalam menyampaikan maklumat secara berkesan melalui pelbagai platform media.

Objektif Kursus
  1. Kursus ini bertujuan memperkukuh kefahaman peserta mengenai prinsip kewartawanan dalam pelaporan pilihan raya yang tepat, beretika dan berintegriti, di samping meningkatkan keupayaan menghasilkan kandungan yang seimbang melalui pendekatan government centric dan people centric. Peserta juga akan diperkasakan dengan kemahiran penulisan, pelaporan langsung (live reporting) serta pentafsiran data pilihan raya bagi menghasilkan naratif yang jelas, tepat dan berimpak, sekali gus melahirkan wartawan, penerbit dan pengamal media yang berwibawa serta mampu menyampaikan pelaporan pilihan raya berkualiti tinggi kepada masyarakat.
Modul/Topik
Hari Pertama | 22/09/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: RTM JENAMA PALING DIPERCAYAI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENULISAN DAN LAPORAN BERIMPAK TINGGI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MEMPERKASA KANDUNGAN
Hari Ke-2 | 23/09/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LANDSKAP PILIHA RAYA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: ETIKA DAN UNDANG-UNDANG
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TEKNIK PELAPORAN DI LAPANGAN
Hari Ke-3 | 24/09/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: ANALISIS DATA PILIHAN RAYA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PELAPORAN DIGITAL (MEDIA SOSIAL)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TUGASAN DAN PENILAIAN