Carian Kursus

[ KCA0168 ] Kursus Pengenalan kepada Pengkomputeran Awan [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini direka khusus untuk memberi pengenalan menyeluruh mengenai konsep, teknologi, dan kepentingan pengkomputeran awan (Cloud Computing) dalam konteks transformasi digital sektor awam. Peserta akan didedahkan kepada model perkhidmatan awan (IaaS, PaaS, SaaS), model pelaksanaan (Awan Awam, Persendirian, Hibrid), serta manfaat strategiknya. Penekanan utama kursus adalah pada sesi amali (hands-on) yang menggunakan ekosistem Google Workspace di bawah inisiatif MyGovUC, membolehkan peserta mengaplikasikan pengetahuan secara terus untuk tujuan kolaborasi, pengurusan dokumen, dan komunikasi yang lebih cekap dan selamat selaras dengan dasar kerajaan.

 

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan konsep asas pengkomputeran awan serta kepentingannya dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan awam.
  2. Meningkatkan kemahiran dalam menggunakan perkhidmatan dan aplikasi berasaskan awan melalui sesi amali (hands-on) yang memfokuskan kepada kolaborasi, perkongsian dokumen, serta pengurusan tugasan secara dalam talian.
  3. Meningkatkan kefahaman terhadap aspek keselamatan data, pematuhan dasar kerajaan, serta tadbir urus penggunaan teknologi awan dalam konteks sektor awam.
  4. Memberi pendedahan praktikal berkenaan pendekatan dan pelaksanaan inisiatif pengkomputeran awan di agensi kerajaan, termasuk kaedah peralihan sistem ke persekitaran awan dan pengurusan perkhidmatan berkaitan.
Syarat Tambahan
  • Setiap peserta perlu mempunyai akaun emel MyGovUC yang aktif.
  • Berikutan konflik yang berlaku di Asia Barat, Kerajaan telah bersetuju supaya pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk melaksanakan BDR secara berperingkat sebagai langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global.
  • Kursus akan dijalankan secara dalam talian.
Modul/Topik
Hari Pertama | 19/05/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 1: Pengenalan kepada Pengkomputeran Awan & Kepentingan Pengkomputeran Awan dalam Transformasi Sektor Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 2: Pengenalan Ekosistem MyGovUC & Google Workspace; Modul 3: Amali 1 - Pengurusan Fail dan Dokumen di Pengkomputeran Awan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 4: Amali 2 - Kolaborasi Dokumen Lanjutan
Hari Ke-2 | 20/05/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul 5: Amali 3 - Penyediaan Kertas Cadangan Pengkomputeran Awan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul 6: Pengenalan Awal Quantum Computing VS Cloud Computing
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul 7: Ancaman Komputer Kuantum dan Pengenalan Post-Quantum Cryptography (PQC) serta Kesiapsiagaan Malaysia