Carian Kursus

[ KLA0035 ] KURSUS TRAINING OF TRAINERS (TOT) AGENDA REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Training of Trainers (ToT) Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) merupakan program pembangunan tenaga pengajar bagi memperkukuh kefahaman dan keupayaan peserta dalam menyampaikan kandungan berkaitan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA).

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspirasi, hala tuju dan pelaksanaan ARPA, di samping membimbing peserta dalam memahami kandungan serta pendekatan penyampaian modul ARPA secara berkesan. Melalui kursus ini, peserta diharapkan dapat bertindak sebagai tenaga pengajar, pegawai latihan atau focal person yang berupaya menyebarluaskan kefahaman dan penghayatan ARPA di kementerian, jabatan, agensi serta Institut Latihan Awam (ILA) masing-masin

Objektif Kursus
  1. Membangunkan keupayaan pegawai daripada pelbagai kementerian dan agensi sebagai tenaga pengajar ARPA melalui penguasaan Modul ARPA dan kemahiran fasilitasi yang berkesan bagi melaksanakan latihan di organisasi masing-masing.
Syarat Tambahan

Terbuka kepada Pegawai Latihan Gred 5 hingga Gred 15 yang berpotensi dan bersedia untuk berperanan sebagai tenaga pengajar bagi Kursus Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) di kementerian, jabatan, agensi atau Institut Latihan Awam (ILA) masing-masing.

Modul/Topik
Hari Pertama | 28/09/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA AGENDA REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM (ARPA)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TKR 1: PENGHAYATAN NILAI DAN TATAKELOLA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TKR 2: PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Hari Ke-2 | 29/09/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TKR 3: PEMBANGUNAN ORGANISASI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TKR 4: PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TKR 5: SINERGI AWAM, SWASTA DAN MASYARAKAT