Carian Kursus

[ TZA0031 ] Kursus Pengurusan Mesyuarat [ Siri 3/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan bagi melatih penjawat awam agar mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan mesyuarat berdasarkan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2018.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan pekeliling dan garis panduan pengurusan mesyuarat Kerajaan yang sedang berkuatkuasa;
  2. Menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan selepas mesyuarat;
  3. Menyenaraikan dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk tujuan mesyuarat; dan
  4. Mengaplikasikan penyediaan minit mesyuarat dan laporan maklum balas keputusan mesyuarat dengan betul.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;

4. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS; 

5. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing; dan

6. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 29/07/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Kursus & Taklimat Madani
: Panduan Pengurusan Mesyuarat Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Tadbir Urus Mesyuarat
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Dokumen Mesyuarat
Hari Ke-2 | 30/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal 1: Penyediaan Dokumen Mesyuarat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembentangan Latih Amal 1
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penulisan Minit Mesyuarat
Hari Ke-3 | 31/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal 2: Penulisan Minit Mesyuarat (1)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Latih Amal 2: Penulisan Minit Mesyuarat (2)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Latih Amal 2
Hari Ke-4 | 01/08/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Laporan Maklum Balas & Latih Amal 3
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembentangan Latih Amal 3: Penyediaan Laporan Maklumbalas Keputusan Mesyuarat
: Rumusan dan Penilaian Kursus