Carian Kursus

[ ICB0003 ] PENERBITAN DOKUMENTARI PENDEK ( SCP: PRODUCTION OF SHORT DOCUMENTARY) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Penerbitan dokumentari pendek kurang mendapat perhatian penggiat industri di Malaysia. Namun, penerbitan seumpama ini mempunyai pelbagai faedah dan kepentingan kepada industri penyiaran, kerajaan - stakeholder, para pelajar dan masyarakat umum.

Selain itu, dengan kemunculan pelbagai platform media baru seperti Netflix, Amazon Prime, Viu dan sebagainya telah mewujudkan peningkatan permintaan (demand) dalam penerbitan dokumentari pendek.

Penganjuran kursus selama tiga (3) hari ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penggiat industri yang berminat untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penerbitan dokumentari pendek yang berkualti dan bertaraf antarabangsa. Ia juga selaras dengan keperluan semasa yang mengikut trend terkini.

Objektif Kursus
  1. i. Memahami dengan mendalam tentang proses penerbitan dokumentari yang berkualiti, bermula dengan pemilihan subjek yang tepat dengan menjalankan penyelidikan awal. ii. Mempertimbangkan elemen kreatif seperti penyampaian visual, audio dan naratif yang sesuai dalam pembangunan storytelling. iii. Menyelaras struktur cerita dan pendekatan kreatif selari dengan matlamat dokumentari bagi menghasilkan proposal untuk penerbitan dokumentari yang komprehensif.
Modul/Topik
Hari Pertama | 11/06/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN DOKUMENTARI PENDEK & PENENTUAN SUBJEK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: STORYTELLING
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENYELIDIKAN SUBJEK DOKUMENTARI
Hari Ke-2 | 12/06/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: ELEMEN KREATIF & VISUAL : SINEMATOGRAFI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PERALATAN & KOORDINASI PENGAMBARAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: ELEMEN KREATIF : AUDIO & MUZIK
Hari Ke-3 | 13/06/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENERBITAN DOKUMENTARI & PERKONGSIAN PENGALAMAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: KERJA BERKUMPULAN : PENERBITAN DOKUMENTARI PENDEK
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENILAIAN KERJA BERKUMPULAN