Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan secara asas kepada penjawat awam mengenai proses perakaunan yang dilaksanakan berdasarkan konsep akruan.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
4. Makan pagi, tengah hari dan malam sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM;
5. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;
6. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
7. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pendaftaran, Taklimat Kursus dan Malaysia MADANI | |
: | Pengenalan Kepada Perakaunan Akruan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Pengenalan Kepada Perakaunan Akruan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Klasifikasi Akaun, Persamaan Perakaunan dan Latihan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Dokumen Kewangan, Catatan Bergu dan Latihan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Jurnal, Lejar dan Latihan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Imbangan Duga dan Latihan |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pelarasan dan Latihan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Penyata Kewangan dan Latihan | |
: | Penilaian dan Penutupan Kursus |