Carian Kursus

[ KXA0021 ] Bengkel Penyelidikan Gunaan Sektor Awam (Sains Sosial) [ Siri 2/2026 ]

Sinopsis Kursus

Bengkel ini dirangka untuk memberikan pemahaman yang komprehensif terhadap bidang Penyelidikan Gunaan. Para peserta akan didedahkan kepada keupayaan untuk membezakan secara jelas objektif dan skop penyelidikan gunaan berbanding penyelidikan akademik. Penekanan utama adalah terhadap penguasaan kemahiran mengenal pasti, menilai dan memilih kaedah penyelidikan gunaan yang paling sesuai dan berimpak tinggi bagi menangani serta menyelesaikan masalah praktikal dalam konteks organisasi dan perkhidmatan awam.

Pada akhir bengkel, para peserta akan dibimbing untuk menghasilkan satu cadangan penyelidikan gunaan yang praktikal dan berfokus untuk dilaksanakan, selari dengan keperluan semasa organisasi.

Objektif Kursus
  1. Menyatakan dengan tepat perbezaan antara penyelidikan gunaan dan penyelidikan akademik.
  2. Mengenal pasti serta memilih kaedah penyelidikan gunaan yang bersesuaian dengan isu dan keperluan organisasi.
  3. Menghasilkan satu cadangan penyelidikan gunaan yang teratur dan praktikal untuk pelaksanaan.
Syarat Tambahan

Bengkel ini terbuka kepada penjawat awam Gred 5-15.

Modul/Topik
Hari Pertama | 03/08/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat Pentadbiran, Taklimat Malaysia MADANI dan Aktiviti Suai Kenal
: Pengenalan kepada Penyelidikan Gunaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penentuan Fokus Penyelidikan Gunaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Reka Bentuk Penyelidikan Gunaan
Hari Ke-2 | 04/08/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AI Dalam Penyelidikan Gunaan: Data Sekunder
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: AI Dalam Penyelidikan Gunaan : Data Sekunder
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kaedah Kuantitatif Dalam Penyelidikan Gunaan : Borang Soal Selidik
Hari Ke-3 | 05/08/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kaedah Kuantitatif Dalam Penyelidikan Gunaan: Borang Soal Selidik
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kaedah Kualitatif Dalam Penyelidikan Gunaan: Pengumpulan Data
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kaedah Kualitatif Dalam Penyelidikan Gunaan : Analisa Data
Hari Ke-4 | 06/08/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pelaporan Hasil Penyelidikan Gunaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Etika Penyelidikan Gunaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi Perbincangan
Hari Ke-5 | 07/08/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Sesi Pembentangan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sesi Pembentangan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi Pembentangan