Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menganjurkan Kursus Penternakan Ayam Komersial Siri 2- (Talent Pool) di bawah Program Perantis Pertanian (Talent Pool). Program ini bertujuan untuk membangunkan bakat baru serta tenaga kerja berkemahiran dalam bidang pertanian melalui penganjuran kursus bersasar.
Kursus ini merupakan kesinambungan kepada kursus Penternakan Ayam Komersial Siri 1 yang merupakan sesi teori (atas talian). Melalui kursus ini, para peserta akan mendapat pendedahan berkenaan pengurusan penternakan ayam pedaging, merangkumi prasarana, peralatan reban, pengurusan peringkat anak ayam sehari (DOC), pengurusan reban semasa pembesaran dan pengurusan pusat penetasan. Para peserta juga berpeluang untuk memahami prosedur kawalan biosekuriti di ladang ternakan.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Sesi 1: Prasarana Dan Perumahan Reban |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | Sesi 2: Pengurusan Peringkat Perindukan | |
SESI 2 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Sesi 3: Pengurusan Peringkat Pembesaran |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Sesi 4: Pengurusan Kesihatan Ternakan & Biosekuriti | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | sambungan SESI 4: Pengurusan Kesihatan Ternakan & Biosekuriti |