Carian Kursus

[ SZA0035 ] Kursus myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini diadakan bagi tujuan menyediakan Myportfolio: Panduan Kerja Sektor Awam bagi tiap-tiap pegawai dan kakitangan di setiap jabatan.Pelaksanaan kursus ini diharapkan dapat membantu peserta untuk memahami keperluan myPortfolio dalam tugasan seharian dan seterusnya dapat menyediakan deskripsi tugas serta proses dan aliran kerja yang berkaitan.

Objektif Kursus
  1. Menyediakan Deskripsi Tugas masing-masing dengan tepat berdasarkan PKPA Bil. 4/2018
  2. Menyenaraikan 10 komponen utama dalam penyediaan myPortfolio berdasarkan PKPA Bil. 4/2018
  3. Menyediakan myPortfolio masing-masing berdasarkan PKPA Bil. 4/2018
Syarat Tambahan

Para Peserta dikehendaki mematuhi perkara-perkara berikut:

  • Menyertai group whatsapp sementara kursus bagi menyampaikan arahan/maklumat yang berkaitan (sekiranya perlu);
  • Peserta telah menerima 2 dos suntikan vaksin Covid-19 ;
  • Peserta mestilah tiada simptom Penyakit Covid-19;
  • Peserta dimohon membuat ujian kendiri Covid-19 dalam tempoh 24 jam sebelum hadir berkursus, jika keputusan negatif boleh hadir dengan membawa keputusan berkenaan.  Dilarang hadir berkursus jika keputusan POSITIF;
  • Peserta diminta mengamalkan / mematuhi SOP yang ditetapkan  sepanjang berkursus;
  • Penginapan di Asrama IKWAS hanya akan diberikan kepada peserta daripada luar Daerah Kluang sahaja (mengikut permohonan);
  • Peserta diminta melaporkan diri ke Pejabat Domestik IKWAS mulai 3:00 hingga 6:00 petang sehari sebelum tarikh kursus. Sila maklumkan kepada staff di kaunter Pejabat Domestik di talian 07-7782402/2403 sekiranya peserta-peserta lewat daripada masa yang ditetapkan;
  • Peserta diminta menyediakan RM30.00 tunai bagi tujuan pendaftaran kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi tujuan tuntutan di Jabatan masing-masing;
  • Peserta perlu memuat naik borang pengesahan kehadiran dalam sistem DTIMS sebelum hadir berkursus;
  • Peserta dikehendaki berpakaian kemas semasa berkursus mengikut pekeliling etika berpakaian yang berkuatkuasa serta memakai tanda nama; dan
  • Peserta diminta membawa surat tawaran kursus semasa membuat pendaftaran.
Modul/Topik
Hari Pertama | 13/06/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat dan Ice Breaking
: Pengenalan myPortfolio
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Deskripsi Tugas
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal: Deskripsi Tugas
Hari Ke-2 | 14/06/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: 10 Komponen myPortfolio
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: 10 Komponen myPortfolio (sambungan)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latih Amal: myPortfolio
Hari Ke-3 | 15/06/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal: myPortfolio (Sambungan)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembentangan
: Rumusan & penutup