Carian Kursus

[ IEA0003 ] KURSUS MOJO REMOTE PRODUCTION SYSTEM FOR NEWS [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Remote Live Production dan aliran kerja berasaskan awan menjadi norma baharu untuk penerbitan berita di mana kandungan acara langsung dirakam dan dihantar melalui talian internet kembali ke studio  untuk disunting menggunakan fasiliti teknikal di studio dan penerbitan yang telah siap boleh ditonton melalui platform media digital atau media sosial.

Sistem Mobile Journalist (MOJO) adalah kaedah penerbitan berita atau program yang lebih menjurus kepada penerbitan media sosial. Peranti Mobile (Mobile Phone) merupakan medium alternatif yang boleh digunapakai dalam merakam atau menyiarkan bahan pelaporan secara langsung selain menggunakan kaedah Single Camera Production (SCP) atau Multiple Camera Production (MCP). Dengan menggunakan sistem MOJO penghantaran bahan audio video boleh dilakukan menggunakan talian internet.

Kursus ini diadakan bagi memberi pemahaman dan kemahiran dalam pengoperasian sistem MOJO serta konfigurasi peralatan remote production secara teori dan amali berdasarkan piawaian industri penyiaran Malaysia

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kebolehan mengendalikan peralatan MOJO
  2. Meningkatkan kemahiran konfigurasi peralatan MOJO dan sistem remote live production
  3. Mengoptimum kemahiran penggunaan aplikasi sokongan MOJO
  4. Meningkatkan kebolehan menggunakan aplikasi TVU Anywhere sebagai medium penghantaran bahan ke Pusat Berita.
Modul/Topik
Hari Pertama | 22/07/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 1: PENGENALAN KEPADA SISTEM MOBILE JOURNALIST (MOJO)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MODUL 2: PENGENALAN KEPADA SISTEM REMOTE PRODUCTION
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODUL 3: PROSES KERJA SISTEM REMOTE PRODUCTION MENGGUNAKAN SISTEM MOJO
Hari Ke-2 | 23/07/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 4: PENGENALAN KEPADA APLIKASI TVU Anywhere
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MODUL 5: PEMASANGAN DAN INTEGRASI SISTEM MOJO DAN SUMBER LUAR
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODUL 6: PENGOPERASIAN SISTEM MOJO MENGGUNAKAN VIDEO FEED BACK (VFB)
Hari Ke-3 | 24/07/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LATIHAN AMALI 1: PEMASANGAN DAN PENGGUNAAN MOJO UNTUK REMOTE LIVE PRODUCTION
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: LATIHAN AMALI 2: MENYUNTING BAHAN AUDIO VIDEO
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIHAN AMALI 3: PENGUJIAN OPERASI SISTEM MOBILE JOURNALIST (MOJO) REMOTE PRODUCTION