Carian Kursus

[ TZA0007 ] Kursus Tatacara Pengurusan Stor dalam Pengurusan Kewangan Negara [ Siri 3/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini khusus untuk penjawat awam yang menerangkan mengenai Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan yang sistematik dan betul berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Semasa yang berkuatkuasa. Semua Penjawat Awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan stor adalah digalakkan untuk menyertai kursus ini.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan aspek-aspek penting dalam pengurusan stor selaras dengan PP - Tatacara Pengurusan Stor dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa;
  2. Mengenal pasti punca-punca berlakunya ketidakakuran dalam pengurusan stor; dan
  3. Menerangkan amalan-amalan pengurusan stor yang terbaik berdasarkan Tatacara Pengurusan Stor yang termaktub dalam Pekeliling Perbendaharaan.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

1.    Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2.   Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3.    Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;

4.    Makan pagi dan tengah hari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM;

5.    Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;

6.    Tempat penginapan sepanjang kursus berlangsung di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;

7.    Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/ puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan

8.    Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/ puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 03/07/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan : Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penerimaan Stok
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Merekod Stok
Hari Ke-2 | 04/07/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyimpanan Stok
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengeluaran Stok
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pemeriksaan (Verifikasi Stor)
Hari Ke-3 | 05/07/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Keselamatan dan Kebersihan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pindahan dan Pelupusan Stok
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kehilangan dan Hapus Kira
Hari Ke-4 | 06/07/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembentangan Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembentangan Kumpulan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan dan Penutupan Kursus