Carian Kursus

[ SZA0029 ] Kursus Etika Kerja : Peranan Penyelia [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

1. Kursus ini memberikan para peserta beberapa konsep yang digunakan untuk menambah kemahiran dalam bidang penyeliaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

2. Kursus ini dianjurkan selama dua (2) hari dan diadakan secara dalam talian sepenuhnya tanpa mengubah struktur asal program ini. 

3. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan etika kerja perkhidmatan awam.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam
  2. Menyenarai peranan Penyelia dalam meningkatkan etika kerja perkhidmatan awam.
  3. Mengaplikasi solusi permasalahan etika kerja perkhidmatan awam
Syarat Tambahan

4. Kursus ini adalah dilaksanakan secara dalam talian melalui Google Meet/Zoom. Setiap peserta akan dikenakan yuran pendaftaran kursus sebanyak RM 30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Sahaja). Resit rasmi bagi bayaran yuran yang telah dijelaskan akan dikeluarkan untuk membolehkan peserta membuat tuntutan semula kepada Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi masing-masing. Oleh itu, sekiranya pegawai tuan/puan berminat untuk menyertai kursus ini, sila muat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/Penyelia dan jelaskan bayaran secara dalam talian sebelum atau pada 04 November 2025 (Selasa) melalui dashboard akaun pengguna di laman www.dtims.intan.my.

5. Pautan akan die-melkan kepada peserta yang telah mengesahkan kehadiran dan membuat bayaran yuran pendaftaran kursus. Sila sertai kumpulan WhatsApp kursus ini melalui pautan https://chat.whatsapp.com/IBK7LyDyoWj2qmoKoQVsNw untuk memudahkan penyampaian maklumat terkini oleh pihak urus setia.

6. Peserta dikehendaki mematuhi terma dan syarat yang terdapat di Lampiran A. Sebarang pertanyaan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Encik Roslan bin Dasiron (Pengurus Program)/ Encik Mohamad farid bin Mohd Zin/ Puan Norizan Aloha binti Bohari atau Encik Muhammad Shaaban bin Jamaluddin (Setiausaha Kursus) di talian 07-7782442.

Perhatian dan tindakan tuan/puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menjalankan amanah,

                      t.t

(ISZALHAMIYAH BINTI MOHAMED)
Pengarah Wilayah,
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),
Kampus Wilayah Selatan (IKWAS),
Johor.

No. Tel : 07-7782502
E-mel   : iszalhamiyah@ikwas.intan.my

 


Surat ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        LAMPIRAN A

TERMA DAN SYARAT-SYARAT TAMBAHAN 
PESERTA KURSUS SECARA DALAM TALIAN
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) KAMPUS WILAYAH SELATAN


1.    Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. 
2.    Peserta perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam
3.    Kaedah pembayaran yuran pendaftaran kursus secara dalam talian hanya menyokong pembayaran melalui FPX sahaja. Kaedah bayaran menggunakan aplikasi seperti TouchNGo eWallet, Boost, MAE atau lain-lain kaedah tidak tersedia.
4.    Peserta wajib membuat pembayaran sebelum kursus dijalankan dan bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal hadir. 
5.    Nama peserta akan digugurkan sekiranya gagal membuat bayaran dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
6.    Peserta dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan bersesuaian serta mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat; 
7.    Peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus. Sijil Kursus akan dikeluarkan sekiranya peserta memenuhi 80% kehadiran kelas.
8.    Peserta dikehendaki untuk mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan 10 minit sebelum kursus bermula. 
9.    Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang kursus;
10.    Peserta dikehendaki untuk menetapkan webcam pada mode on semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mode off sekiranya tidak digunakan; 
11.    Peserta dikehendaki mengemukakan soalan dan maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan menekan ikon Raise Hand sebelum menetapkan mikrofon pada mode on atau taip melalui ruangan chat window
12.    Peserta dikehendaki bebas daripada sebarang aktiviti lain semasa mengikuti kursus. 
13.    Peserta dikehendaki untuk membuat penilaian kursus melalui pautan http://www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 04/08/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Etika Kerja Perkhidmatan Awam
Hari Ke-2 | 11/11/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus dan Pengenalan Malaysia MADANI
: Sesi Suaikenal Dan Membina Kumpulan
: 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentukan Minda Beretika
Hari Ke-3 | 12/11/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Inovasi Dan Kreativiti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Peranan Penyelia - Pengurusan Tatatertib
: Latihan Dalam Kumpulan / Penilaian Kursus