Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan berkaitan pengurusan aset Kerajaan. Sepanjang 3 hari berkursus, para peserta akan didedahkan dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang betul dan baik selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan AM 2.1 hingga AM 2.8 bagi memastikan aset Kerajaan dapat diurus dengan lebih bersistematik. Kursus ini turut bertujuan untuk memastikan aset alih kerajaan dapat diurus mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Status Permohonan
Pemakluman status permohonan (termasuk surat tawaran kursus) akan dihantar terus ke e-mel peserta yang telah didaftarkan dalam sistem HRMIS.
2. Etika Berpakaian
i. Peserta hendaklah mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan IKWAS dan semasa berada di Dewan Makan Anjung Selera. Pemakaian berikut adalah TIDAK DIBENARKAN: Jubah / Jeans / Seluar Pendek / Kain Pelikat / Selipar / T-shirt Leher Bulat/ Pakaian uniform pejabat.
ii. Semua peserta juga perlu memakai tanda nama yang dikeluarkan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi, atau Institusi masing-masing.
3. Permohonan Kursus
i. Peserta perlu memuat naik Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran 1) yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Penyelia ke dashboard akaun pengguna peserta di laman DTIMS sebelum hadir berkursus.
ii. Nama peserta akan digugurkan sekiranya gagal membuat bayaran dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
4. Pembayaran Yuran Kursus
i.Pembayaran yuran perlu dibuat secara dalam talian melalui akaun DTIMS peserta sahaja.
ii. Kaedah pembayaran yuran pendaftaran kursus secara dalam talian hanya menyokong pembayaran melalui FPX sahaja. Kaedah bayaran menggunakan aplikasi seperti TouchNGo eWallet, Boost, MAE atau lain-lain kaedah tidak tersedia.
iii. Peserta wajib membuat pembayaran sebelum kursus dijalankan dan bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.
iv. Peserta WAJIB membawa surat tawaran dan resit pembayaran semasa HARI PERTAMA pendaftaran kursus.
5. Maklumat Kesihatan
Peserta yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) atau mempunyai isu kesihatan tertentu dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus bermula.
6. Maklumat Pemakanan
i. Peserta yang mempunyai keperluan diet khas seperti alergi makanan atau vegetarian (tidak memakan daging) dimohon untuk memaklumkan kepada urus setia sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum kursus.
ii. Makan dan minum hanya akan disediakan mulai hari pertama kursus. (Makan malam tidak disediakan pada malam sebelum kursus bermula).
7. Kewajipan Kehadiran
i. Semua peserta WAJIB hadir pada hari pertama kursus sebelum jam 9.00 pagi.
ii. Semua peserta adalah diwajibkan menghadiri semua modul kursus untuk melayakkan menerima sijil kursus.
iii. Sijil Kursus akan dikeluarkan sekiranya peserta memenuhi 80% kehadiran kelas.
8. Maklumat Kursus
Peserta yang terpilih untuk menyertai kursus dikehendaki untuk menyertai kumpulan WhatsApp kursus melalui pautan yang akan diberikan oleh urus setia untuk memudahkan penyampaian maklumat terkini oleh pihak urus setia.
9. Maklumat Penginapan
i. Kemudahan penginapan akan disediakan untuk semua peserta.
ii. Para peserta boleh mendaftar masuk ke asrama satu (1) hari sebelum tarikh kursus mulai jam 3.00 petang hingga 8.00 malam di Pejabat Domestik, IKWAS. Sekiranya peserta tidak dapat hadir dalam tempoh masa yang ditetapkan, sila hubungi petugas di kaunter pendaftaran Pejabat Domestik di talian 07-7782402.
10. Senaman Pagi
Peserta adalah dikehendaki hadir untuk senaman pagi pada HARI KEDUA kursus dengan berpakaian baju sukan lengkap.
11. Pergerakan Peserta
i. Peserta yang keluar dari kawasan IKWAS hendaklah kembali sebelum jam 11.00 malam.
ii. Ahli keluarga atau individu selain peserta kursus tidak dibenarkan memasuki bangunan asrama.
iii. Penghantaran makanan GrabFood / FoodPanda dibenarkan sehingga lobi asrama sahaja.
iv. Peserta hendaklah makan pada waktu yang telah ditetapkan serta mengosongkan Dewan Makan Anjung Selera 10 minit sebelum sesi kelas bermula.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pendaftaran Peserta, Taklimat Kursus dan Taklimat Malaysia MADANI | |
| : | Pendahuluan Tatacara Pengurusan Aset Alih | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Penerimaan Aset Dan Pendaftaran Aset | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Penyimpanan, Penggunaan & Pemeriksaan |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Penyelenggaraan Aset | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pindahan Aset | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Pelupusan Aset |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Kehilangan & Hapuskira Aset | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Latihan Amal / Rumusan/ Penilaian dan Penutupan Kursus |