Carian Kursus

[ WZA0033 ] Kursus Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk menerangkan kepada peserta mengenai pelaksanaan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam sektor awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).  Selain itu, peserta kursus boleh mengaplikasikan proses dan penggunaan kaedah dan teknik dalam menghasilkan projek KIK.  Dalam masa yang sama, peserta mendapat kemahiran dan pendedahan dalam penyediaan dokumentasi projek di jabatan masing-masing.  Kursus ini dilaksanakan dalam tempoh dua hari dan ditawarkan kepada penjawat awam Gred 19 hingga 48

Objektif Kursus
  1. Menerangkan konsep asas pelaksanaan Horizon Baharu KIK
  2. Mengaplikasi kehendak dan keperluan yang digariskan dalam panduan Horizon Baharu KIK untuk membuat penambahbaikan, menyelesaikan masalah mahupun mencipta perkhidmatan atau produk baru. 
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

1. Dilantik oleh Ketua jabatan sebagai Fasilitator/ Ketua/ Ahli kumpulan KIK jabatan; dan

2. Menjalankan fungsi unit Inovasi jabatan.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 13/09/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KIK HORIZON BAHARU
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENYEDIAAN DOKUMENTASI DAN KRITERIA PEMARKAHAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENGENALAN KEPADA TEKNIK DAN KAEDAH KIK
Hari Ke-2 | 14/09/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGHASILAN PROJEK (Teknik dan Kaedah Design Thinking)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PERBINCANGAN PENGHASILAN PROJEK KIK
Hari Ke-3 | 15/09/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PEMBENTANGAN PENGHASILAN PROJEK KIK
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MEKANISMA PENILAIAN, KRITERIA PEMARKAHAN DAN RUMUSAN