Carian Kursus

[ DDA0008 ] Kursus Teknologi Tanaman Betik [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur, Besut, Terengganu akan menganjurkan kursus Teknologi Tanaman Betik pada tarikh 28 June 2022 hingga 30 June 2022. Kursus ini merupakan kursus kategori kursus umum bagi modul pertanian dan sub-bidang Teknologi Tanaman Pertanian yang terbuka kepada pegawai dan penolong pegawai pertanian. Modul kursus ini telah disediakan oleh Bahagian Pengurusan Industri Tanaman (BPIT) Putrajaya, Jabatan Pertanian Malaysia.

 

Kursus ini berkaitan Pengenalan Industri Betik, Pengenalpastian Varieti Tanaman Betik, Pengurusan Sumber Tanah, Pengurusan Penyakit, Perosak dan Rumpai dan pengendalian lepas tuai.

Objektif Kursus
  1. 1. Pengetahuan asas berkaitan pengurusan tanaman betik
  2. 2. Meningkatkan kemahiran dalam menguruskan tanaman betik
  3. 3. Kemahiran dalam pengendalian lepas tuai buah betik
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

1.  Terbuka kepada kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia SAHAJA.

2.  Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) : . Status Vaksinasi Lengkap

i.  3 dos bagi CoronaVac (Sinovac)  dan Covilo (Sinopharm).
ii.  2 dos bagi Comirnaty (Pfizer-BioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca) dan Spikevax (Moderna).
iii.  1 dos bagi COVID-19 Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino).

**Anda hanya diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap divaksin apabila melepasi 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan, atau melepasi 28 hari dari tarikh suntikan bagi jenis vaksin yang memerlukan satu dos suntikan. 

3.  Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) : Peserta melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum hadir berkursus dan melaporkan keputusan ujian di aplikasi MySejahtera (positif, negatif atau tidak sah).

 

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 28/06/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Industri Betik
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Amalan Kultura
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Sumber Tanah
Hari Ke-2 | 29/06/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Penyakit, Perosak dan Rumpai