Carian Kursus

[ BZA0077 ] Kursus Kecerdasan Emosi dan Spiritual [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

LATAR BELAKANG

1. Secara fitrah, kebijaksanaan dan kecerdasan manusia merupakan kurniaan Tuhan. Sejak lahir, asuhan, pembelajaran dan pengalaman akan membentuk setiap individu yang turut dilantik sebagai anggota Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun, sekiranya emosi setiap individu tidak diurus dan ditangani dengan baik serta bijaksana maka adalah sukar untuk menjadikan individu itu benar-benar berprestasi tinggi dengan fizikal yang sihat berserta mental dan emosi yang mantap.

2. Justeru itu, modul ini dibangunkan untuk membantu organisasi menangani masalah tersebut dan seterusnya mewujudkan suasana yang kondusif serta membentuk budaya kerja berprestasi tinggi. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk mempertingkatkan potensi diri individu agar segala polisi dan dasar yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

3. Program ini telah dibangunkan selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2009, Pelaksanaan Aplikasi Psikologi: Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan. 

 

Objektif Kursus
  1. Mengenalpasti tahap kesedaran kendiri berkaitan emosi dan spiritualiti melalui penggunaan ujian psikometrik;
  2. Menerangkan semula lima komponen dalam kebijaksanaan spiritual berdasar kerangka holistik pembangunan sumber manusia;
  3. Menggunakan lima kompotensi (peribadi dan sosial) kebijaksanaan emosi berdasar model Goleman
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 05/03/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Kecerdasan Emosi dan Spiritual
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Personaliti Diri
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KOMPETENSI PERIBADI: Kesedaran Kendiri
Hari Ke-2 | 06/03/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KOMPETENSI PERIBADI: Kawalan Emosi
: KOMPETENSI SOSIAL: Kesedaran Sosial
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kecerdasan Spiritual
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KOMPETENSI SOSIAL: Pengurusan Perhubungan