Carian Kursus

[ DDA0093 ] Kursus Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (Pengurusan & Professional) Sesi 1 [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur, Besut, Terengganu akan menganjurkan Kursus Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (Pengurusan & Professional) Sesi 1 secara dalam talian pada 5-6 Mei 2025.

Objektif Kursus
  1. Memahami maksud intergiti dan kepentingannya dalam penyampaian awam serta kesan perbuatan tidak berintergiti kepada organisasi dan penyampaian awam.
  2. Memahami kesalahan-kesalahan rasuah berdasarkan Akta SPRM 2009 dan memahami kaedah membuat laporan mengenai salah laku, rasuah dan salah guna kuasa.
  3. Mengetahui bentuk salah laku yang sering berlaku dalam perolehan kerajaan, implikasi sekiranya mereka melakukan salah laku dan tindakan yang perlu diambil apabila berlaku salah laku melibatkan perolehan kerajaan.
  4. Mengetahui jenis-jenis kesalahan tatatertib yang sering berlaku dalam perkhidmatan awam, implikasi sekiranya mereka melakukan salah laku dan tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kesalahan tatatertib.
Syarat Tambahan

TERBUKA KEPADA KAKITANGAN DAN KADER JABATAN PERTANIAN MALAYSIA SAHAJA

Modul/Topik
Hari Pertama | 05/05/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Mewujudkan Organisasi Berintergiti
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Rasuah dalam Sektor Awam dan Inisiatif untuk Pencegahan Rasuah/Kajian Kes.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian Kes-Perbuatan Rasuah dan Salah Laku dalam Perkhidmatan Awam/Pembentangan
Hari Ke-2 | 06/05/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kesalahan-Kesalahan Lazim dalam Perolehan Kerajaan dan Langkah Pencegahan/Kajian Kes
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kesalahan-kesalahan Lazim Tatatertib dalam Perkhidmatan Awam/Kajian Kes