Carian Kursus

[ TZA0056 ] Kursus Profesionalisme Diri Unggul [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Profesionalisme Diri Unggul merupakan salah satu kursus yang bertujuan untuk melahirkan penjawat awam berprestasi tinggi dan mempunyai ciri-ciri peribadi yang berkualiti dan berpenampilan bagi menyampaikan perkhidmatan cemerlang

Objektif Kursus
  1. Mengaplikasikan tingkah laku yang lebih baik untuk meningkatkan prestasi hasil kerja berkualiti
  2. Mengaplikasikan tugas secara profesional, beretika dan berintegriti dalam satu pasukan berlandaskan nilai-nilai murni
  3. Mengurus emosi dan meningkatkan tahap profesionalisme diri yang unggul
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
  2. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.20 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  3. Hadir berkursus 80% tanpa gagal bagi melayakkan untuk menerima Sijil Kehadiran Kursus. 
  4. WAJIB menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.
  5. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  6. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           
  7. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  8. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 08/01/2024 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Taklimat peserta & Pengenalan Malaysia Madani
: APAKAH NILAI ANDA?
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TAK KENAL, TAK TAHU
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: BEKERJA DENGAN KECERDASAN EMOSI
Hari Ke-2 | 09/01/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TATAKELAKUAN DAN LARANGAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MEMBINA KEBERSAMAAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MEMBINA KEBERSAMAAN
Hari Ke-3 | 10/01/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KENALI DIRI, JATI DIRI DAN KONSEP DIRI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PEKERJA SOKONGAN YANG PROFESIONAL DAN UNGGUL
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: RUMUSAN DAN PENUTUP