Carian Kursus

[ EAA0102 ] KURSUS PENGURUSAN PENYELENGGARAAN JENTERA DAN PERALATAN PERTANIAN (UPSKILLING-PP) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah anjuran Institut Veterinar Malaysia adalah terbuka kepada pegawai pengembangan DVS yang berumur 18 tahun ke atas dan masih berkhidmat bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan penyelenggaraan jentera dan peralatan pertanian

Objektif Kursus
  1. Mengetahui kepentingan pengurusan penyelenggaraan jentera dan peralatan pertanian
  2. Mengetahui prosedur bagi perlaksanaan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan penyelenggaraan jentera dan peralatan pertanian
  3. Mendapat kemahiran dalam aktiviti-aktiviti dalam pengurusan penyelenggaraan jentera dan peralatan pertanian
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus ini perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Yuran kursus adalah percuma.
  2. Kursus ini hanya dibuka untuk 25 peserta yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
  3. Penginapan sepanjang kursus tidak disediakan dan semua peserta perlu mengatur penginapan masing-masing.
  4. Makan dan minum sepanjang kursus adalah disediakan kecuali makan malam (Sarapan pagi, Minum Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang)
  5. Peserta perlu hadir ke kelas sekurang-kurangnya 10 minit sebelum program bermula
  6. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi bersama penceramah dan dengan peserta lain.
  7. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui group whatsapp kursus.
  8. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my dan juga SPLV 2.0  bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 11/08/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Overview Industri Kejenteraan dan Peralatan Pertanian
: Pengenalan Komponen dan Fungsi Jentera, implement dan peralatan dalam ladang ternakan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: sambungan-Pengenalan Komponen dan Fungsi Jentera, implement dan peralatan dalam ladang ternakan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kepentingan danTatacara Penyelenggaraan Berkala dan kecemasan Jentera Pertanian
Hari Ke-2 | 12/08/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyelenggaraan dan Pengendalian Jentera Pertanian
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: sambungan-Penyelenggaraan dan Pengendalian Jentera Pertanian
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kepentingan Penyelenggaraan Berkala dan kecemasan Peralatan Pertanian - Sistem Pam
Hari Ke-3 | 13/08/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyelenggaraan Berkala dan kecemasan Peralatan Pertanian- Sistem Pam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Sambungan-Penyelenggaraan Berkala dan kecemasan Peralatan Pertanian- Sistem Pam
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penilaian Pengurusan Penyelenggaraan Jentera dan Peralatan Pertanian di IVM